• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Haojue Patenkan Rekabentuk Model Naked - HJ300, Jadi Bayangan Suzuki GSX-S300?

Haojue Patenkan Rekabentuk Model Naked - HJ300, Jadi Bayangan Suzuki GSX-S300?

April 9, 2018 By admin.pandulaju 2 Comments

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKAN kongsi Suzuki dari China, Haojue memfailkan paten rekabentuk untuk model naked baharu, HJ300. Haojue sebelum ini ialah pengeluar yang memasangkan model Suzuki GW250, GSX-250R dan V-Strom 250. Jadi, rekabentuk yang dipatenkan dilihat berpotensi menjadi model baharu GSX-S300.

Lakaran rekabentuk paten ini menampilkan ciri enjin menyerupai enjin 248cc parallel-twin yang menjadi nadi GSX-250R dan V-Strom 250. Lakaran paten tersebut difailkan di Pejabat Harta Intelek China melalui syarikat induk Dachangjiang Group Co, yakni syarikat induk Haojue.

Nama HJ300 adalah mengikuti tipikal struktur kod nama produk Haojue, dan label diberikan jelas menunjukkan motosikal itu ialah model pengeluar China itu dan bukan Suzuki.

BACA >>> Suzuki dan Yoshimura Rai Ulang Tahun Kerjasama ke-40 dalam MotoAmerica

SAMA TAPI TIDAK SERUPA

Cuba bandingkan gambarajah Suzuki V-Strom 250 dan Haojue (HJ300) di bawah. Kontras warna turut diselaraskan untuk kedua-dua model itu bagi mengesan persamaan rekabentuk kedua-dua jentera. Lihat sisi kanan dua motosikal tersebut yang menampilkan bentuk sama, tetapi jentera Haojue lebih bulat di depan penutup minyak enjin di depan, seakan tanda aci imbang.

Garis tajam Haojue lebih bercirikan rekabentuk motosikal versi Barat berbanding model tipikal pasaran China yang tipikal direka lengkung. Terdapat juga elemen gaya Suzuki, tetapi lambang yang tertera itu jelas menunjukkan itu model Haojue.

Di China, Haojue yang syarikat sama yang menjual produk jenamannya sendiri dan Suzuki, tetapi aspek penjenamaan nyata berbeza. Perincian lain dapat dilihat ialah fork terbalik (USD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), paparan LCD dan susunan rapi rekabentuk lampu depan.

BACA >>> #BikinMotor: Bosan Punya Pasal, Mat Motor Bikin Suzuki GSX-R250 ‘Wanna Be’

Selain menjadi petunjuk kelibat HJ300 sebagai produk Haojue, model ini juga tidak terlepas daripada bayangan Suzuki. Ada kemungkinan GSX-S300 akan meminjam elemen dan gaya daripada model lebih atas, 750 dan 1000. Seandainya Suzuki kelak mengeluarkan GSX-S300 yang seakan Haojue, rasanya tiada siapa akan akan merungut.

SUMBER: Motorcycle.com

Related

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Dachangjiang Group Co, Haojue, Haojue HJ300, motosikal, naked bike, paten, roda2, Suzuki, Suzuki 300cc, Suzuki GSX-S300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev