• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dorna Sedia Pertimbang Trek MotoGP dalam Bandar

Dorna Sedia Pertimbang Trek MotoGP dalam Bandar

March 25, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mendedahkan rancangan pemegang hak komersial MotoGP itu untuk menjadikan jalan raya bandar sebagai trek perlumbaan kejuaraan motosikal tersebut. Beliau memberitahu akhbar Sepanyol, Expansion, projek tersebut akan memilih bandar di negara iklim panas.

"Secara teori, trek lurus utama akan dibuat atas jalan raya biasa dan padok akan ditutup, digabungkan bersama pusat pameran.

"Bagi hujung minggu grand prix, ia akan digunakan untuk perlumbaan dan baki tahun selebihnya diisi perkara-perkara lain," kata Ezpeleta.

BACA >>> #2018MotoGP: Hafizh Bangga Dapat Raih Mata di GP Qatar

Langkah itu akan membantu menampung peningkatan pusingan MotoGP setiap musim daripada 19 pusingan tahun ini kepada 20 pusingan dan mungkin hingga 24 pusingan.

Bercakap kepada Crash.net, September lalu, Ezpeleta berkata, ada beberapa permohonan daripada beberapa negara yang mahu menganjurkan MotoGP pada tahun mendatang.

"Secara jujur, lebih 20 (perlumbaan) buat masa ini adalah sukar. Saya selalu cakap, jumlah perlumbaan ideal ialah 22, tetapi belum lagi.

"Kami perlu lihat perlahan-lahan siapa yang berminat, tetapi jika hari ini kami mampu menawarkan 24 grand prix, ada beberapa negara bersedia menganjurkan 24 grand prix itu," katanya lagi.

GP Monaco di Circuit de Monaco ialah antara contoh litar dalam bandar terbaik yang kini menjadi litar rasmi Kejuaraan Formula Satu (F1).

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Carmelo Ezpeleta, Dorna, MotoGP, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my