• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k

5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k

March 10, 2018 By ZY 6 Comments

8.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERKUASA, bergaya, dan boleh menjadi milik anda tanpa perlu korbankan buah pinggang.

Tidak seperti kategori streetbike atau motosikal naked 250cc ke bawah yang sangat-sangat terhad pilihan ditawarkan, kategori middleweight yang bermula sekitar 500cc hingga 900cc pula menawarkan begitu banyak pilihan motosikal naked hingga sukar untuk meneliti setiap pilihan yang ada di pasaran.

BACA >>> 7 Motosikal Bawah 250cc dengan Had RPM Tertinggi dalam Sejarah

Tambahan pula, harga yang dipinta masih munasabah cuma sekitar RM30,000-RM40,000 sahaja menjadikan motosikal sebegini pilihan popular mereka yang berpendapatan sederhana dan inginkan menaik taraf daripada kapchai atau streetbike sesaran rendah sebelum ini. Jika sekadar ke tempat kerja setiap hari atau cuma ke kenduri di hujung minggu, 5 motosikal naked middleweight di bawah mungkin mampu memuaskan cita rasa dan kehendak anda.

1. HONDA CB500F | ~RM31,000


Jentera Honda ini secara berseloroh boleh dikatakan kelas motosikal pertengahan (middle) dalam definisi sebenar. Enjin dwi-silinder DOHC ini bukanlah 500c seperti yang disangka daripada namanya, tapi cuma 471cc dengan keluaran kuasa 47Hp, agak rendah berbanding motosikal lain dalam senarai ini. Menghairankan juga, brek hadapan cuma menggunakan cakera tunggal, tidak seperti motosikal lain dalam kelas middleweight yang biasanya dilengkapi brek hadapan cakera berkembar.

Tapi sebelum anda cantas CB500F ini dari senarai pilihan, pertimbangkan dahulu hantaran kuasa jentera ini yang cukup lembut, posisi tunggangan selesa serta turut ditawarkan dalam versi ABS atau tanpa ABS yang lebih murah. Jika anda boleh terima dua perkara yang disebutkan awal-awal tadi, CB500F merupakan antara motorsikal terbaik lebih-lebih lagi jika baru sahaja belajar menunggang lesen B penuh (stiker L pun masih bersih) dan inginkan 'motor besar' baru dengan bajet tipis.

2. BENELLI LEONCINO | ~ RM30,000


Pada julat harga yang sama, mungkin ramai yang lebih tertarik dengan Benelli TNT 600 yang dilengkapi enjin empat silinder dan semestinya lebih berkuasa. Namun begitu, kami lebih berminat untuk cadangkan model terbaru, Benelli Leoncino dalam senarai naked middleweight ini.

BACA >>> Mahu Bergaya Tapi Bajet Ciput? Pilihlah 4 Sportbike Bawah RM13k Ini

Kenapa? Benelli Leoncino merupakan satu-satunya motosikal bergaya retro-moden ala Ducati Scrambler yang anda boleh dapatkan pada harga yang sangat mampu milik dalam kelas middleweight ini. Walaupun gayanya kelihatan seperti motosikal klasik, jentera Benelli ini masih dilengkapi teknologi moden seperti enjin empat lejang 500cc dwi-silinder dengan suntikan bahanapi, brek cakera hadapan berkembar dengan ABS, dan lampu LED keseluruhan yang belum tentu didapati pada pesaing-pesaing yang lebih mahal dan sporty.

3. KAWASAKI Z650 | ~ RM35,600


Kawasaki ER-6N masih terkenal sebagai motosikal terpakai pilihan bagi mereka yang ingin mula berjinak menunggang motosikal kelas B penuh. Bagaimana pun untuk anda yang mahukan motosikal Kawasaki yang baru dalam kelas sama, Z650 adalah jawapannya.

Ditawarkan sebagai pengganti kepada model ER tadi, Z650 merupakan penambah-baikan kepada model lama itu dalam pelbagai segi. Spesifikasi enjin masih kekal dengan dwi-silinder 650cc tapi untuk Z650, nadi itu telah ditala untuk lebih respons terutama pada rev rendah dan pertengahan, bermakna tunggangan yang lebih lancar dalam situasi trafik sibuk tapi dalam masa sama masih cukup bertenaga untuk tunggangan jarak jauh di lebuh raya.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] - Adventure Touring

Dari segi kendalian pula, Z650 terasa lebih kecil daripada ER-6N, malah boleh dikatakan terasa besar sedikit sahaja daripada Z250. Hadir dilengkapi ABS mandatori, klac sliper dan bantuan (slipper & assist clutch) serta suspensi belakang boleh laras, Z650 boleh dikatakan pilihan seimbang bagi mereka yang inginkan kuasa dan kendalian daripada sebuah jentera middleweight, serta sesuai untuk pelbagai golongan penunggang.

4. YAMAHA MT-07 | ~ RM35,200


Siri Yamaha MT bermaksud Master of Torque, dan ini jelas dijelmakan oleh Yamaha MT-07. Terlebih dahulu perlu anda tahu, enjin 689cc dwi-silinder Yamaha ini bukannya seperti dwi-silinder selari yang biasa didapati pada motosikal middleweight lain di atas. Sebaliknya ia menggunakan crossplane crankshaft, bermakna enjin MT-07 ini mempunyai karakteristik mirip sebuah jentera V-Twin baik dari segi hantaran kuasa yang torquey dan juga ngauman ekzos yang lebih garau.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 2] - Streetbike

Ia terbukti saat tunggang uji, di mana nadi Yamaha ini memberikan tork yang agak padu pada rev rendah, memudahkan roda hadapan terangkat; berita gembira bagi yang gemar melakukan aksi wheelie. Bagaimana pun dengan pelana yang sedikit keras, tanpa ABS dan tanpa klac gelincir seperti Kawasaki Z650 di atas, menjadikan MT-07 lebih sesuai bagi golongan muda yang berpengalaman dan sudah bosan dengan kapchai/sportbike 250cc modified mereka.

5. APRILIA SHIVER 750 | ~ RM35,000


Sejak diperkenalkan kira-kira tiga tahun lalu, Aprilia Shiver 750 versi CKD (pemasangan tempatan) menjadi pilihan popular untuk mereka yang mahukan jentera continental pada harga yang lebih mampu milik. Asalnya ditawarkan sekitar RM45,000, jentera naked jenama Itali ini kini ditawarkan sekitar RM35,000 sahaja.

Dikuasakan enjin V-Twin 90darjah 750cc, seperti crossplane MT-07 tadi mempunyai kelebihan hantaran kuasa yang lebih deras pada rev rendah. Di samping itu juga kendalian jentera ini agak lincah berikutan tubuh yang ramping dan tinggi. Ya, Shiver 750 ini agak tinggi apabila diukur mengikut standard rakyat Malaysia jadi bagi anda yang berketinggian kurang 170cm, jangan lupa untuk mencuba dahulu sebelum membuat kata putus.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] - Sportbike

Berdasarkan pengalaman pemilik, kos senggaraan Aprilia ini tidak semahal seperti yang sering dimomokkan, malah setanding kos senggaraan motosikal Jepun lain dalam kelas sama. Bagaimanapun sekiranya ada komponen yang perlu diganti dan tidak didapati di sini, maka bersiap sedialah untuk membayar harga yang lebih tinggi.

Related

8.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Aprilia Shiver 750, Benelli Leoncino, Honda CB500F, Kawasaki Z650, Yamaha MT-07

Comments

  1. amirul says

    March 10, 2018 at 8:50 AM

    kalau ducati monster 821 adakah diketogorikan sebagai motosikal mampu milik bawah rm 30,000

    Reply
    • Mohd Firdaus says

      August 24, 2018 at 10:52 AM

      Monster tak dapat harga 30k bro even utk used

      Kalau below 30k maybe 250cc atau used 650/500cc boleh dapat harga tu.

      Saya pun sedang survey 250 baru & used er6n..

      Reply
      • afs says

        December 24, 2018 at 10:01 AM

        banyak bro monster dlm mudah below 30k..siap aksesori pn bleh dapat..search la dlu

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev