• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Buka Premis Konsep EV di Pusat Beli-Belah

Renault Buka Premis Konsep EV di Pusat Beli-Belah

February 21, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT mencipta sejarah tersendiri apabila membuka Pusat Pengalaman Kenderaan Elektrik Renault (Renault Electric Vehicle Experience Centre - REVEC) di pusat beli belah Sweden-Taby Centrum di Stockholm, Sweden yang memberi peluang kepada pengunjung meneroka kepentingan dan mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan mengenai kenderaan elektrik (EV).

Naib Presiden Kanan Kumpulan Renault EV, Gilles Normand berkata, pembukaan REVEC memberi peluang kepada Renault menyampaikan maklumat secara terus kepada orang awam mengenai EV.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

"Bukan saja membantu mereka belajar lebih mendalam tentang EV, tetapi juga memberi ruang perkongsian idea daripada pengguna. Sebagai jenama EV nombor satu Eropah, konsep ini membolehkan kami berinteraksi secara langsung dengan pengguna," katanya.

PELAJARI TENTANG EV

RENAULT
RENAULT
Concept store dédié au Véhicule Electrique en Europe

Pengunjung dengan mudah memahami maklumat penting mengenai pengangkutan elektrik dan mencari penyelesaian peribadi yang sesuai dengan gaya hidup menerusi pendekatan teknologi digital Renault. REVEC dibahagikan kepada beberapa zon berbeza seperti pameran produk EV dan maklumat mengenai infrastruktur cas dan sistem, undang-undang tempatan, subsidi, syarat pembelian dan perkhidmatan yang berkaitan dengan EV, termasuk ruang rehat dan bertukar idea.

Pengunjung juga berpeluang memandu uji EV Renault untuk merasai sendiri pengalaman memandu EV dan boleh terus membuat tempahan jika berminat. Seiring zaman teknologi, Renault menyediakan EV eksklusif yang membolehkan pengunjung mencari model yang memenuhi keperluan harian mereka.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

REVEC dibuka bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian bertambah. Pembukaan pusat jualan berkonsepkan premis maklumat itu juga adalah pendekatan baru dalam usaha Renault mendekati pelanggan selain memenuhi komitmen ke arah industri automotif tanpa emisi.

Stockholm menjadi negara dalam senarai teratas Renault kerana pasaran EV di sana berkembang cepat selain inisiatif kerajaan Sweden dalam mempromosikan teknologi mesra alam. Renault juga merancang pembukaan premis sama di beberapa bandar Eropah.

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, kedai konsep, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Pusat Pengalaman Kenderaan Elektrik Renault (REVEC), Renault, Renault Electric Vehicle Experience Centre (REVEC, Renault Twizy, REVEC, Roda4, sifar emisi, Stockholm, Sweden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev