• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Labur RM11 Juta, Buka Gudang Alat Ganti Fasa 2 di Bukit Jelutong

Honda Malaysia Labur RM11 Juta, Buka Gudang Alat Ganti Fasa 2 di Bukit Jelutong

February 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia kini meningkatkan permintaan dan stok alat ganti menerusi pembukaan kemudahan gudang alat ganti  fasa 2 di Bukit Jelutong, seiring peningkatan kapasiti jualan dan perkhidmatan pengeluar dari Jepun itu.

Sebanyak RM11 juta dilaburkan bagi menambah kapasiti gudang sedia ada. Saiz gudang kini ialah 21,700 meter persegi dan dibangunkan atas tanah 50,000 meter persegi serta mampu menampung stok alat ganti bagi 93 pusat jualan Honda Malaysia.

Peluasan gudang alat ganti itu juga tidak hanya terhad kepada peningkatan ruang simpanan. Tetapi turut berperanan menambah baik operasi pergudangan dan mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada pelanggan dan pusat jualan, termasuk menampung pertumbuhan masa depan syarikat.

BACA >>> Honda Sahkan Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 1 Januari 2018

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, jenama Honda di Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan dan pengambilan servis luar biasa sejak empat tahun kebelakangan ini.

"Bahagian jualan alat ganti mengalami pertumbuhan 32 peratus, manakala permintaan servis baik pulih dan mengecat meningkat 48 peratus pada 2017 berbanding 2016. Peluasan gudang ini dapat mempercepatkan penghantaran alat ganti," katanya.

OPERASI DIPERKEMAS

28355341886_8120bed194_b
galeri19
maxresdefault

Pembukaan gudang fasa kedua itu turut membabitkan penyusunan semula susunan stok dan mengoptimumkan penggunaan ruang bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti. Ini termasuk meletakkan barangan yang perlu diambil pada ruang berdekatan pintu keluar untuk memendekkan masa operasi.

Pelaksanaan sistem bar kod juga dibuat bagi mempercepatkan operasi penghantaran kerana semua alat ganti  dilabelkan dan disediakan lebih awal daripada pembekal yang hanya memerlukan pengesahan semasa tiba untuk dikemas kini dalam sistem.

BACA >>> Bilik Pameran Honda Impian X, Pertama di Malaysia Kini Dibuka

Honda Malaysia turut melakukan penghantaran barangan menerusi motosikal agar lebih efisien dan pantas. Semua langkah afirmatif ini disediakan untuk memastikan peniaga menerima barangan dengan segera, tidak mengganggu operasi dan menyumbang ke arah perkhidmatan pelanggan lebih baik.

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: alat ganti, Auto Terkini, Gudang, Gudang Alat Ganti Fasa 2 Honda, Honda, Honda Malaysia, servis, servis pelanggan, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev