SEBELUM ini Triumph ada menyiarkan video yang memaparkan pelumbaan antara pelumba World Superbike, Carl Fogarty dan pelumba Isle of Man TT, Gary Johnson. Video berdurasi 2:00 minit itu jelas menunjukkan isyarat kemunculan streetfighter baharu yang cukup mudah diteka sebagai Speed Triple.
Kemungkinan ada dua varian Speed Triple baharu diperkenalkan sebagai penghormatan kepada model yang bakal meraikan ulang tahun ke-24 itu tahun ini.
BACA >>> Triumph Street Triple (2017) Lincah & Berkuasa - Harga Bermula RM52,900
Pelancaran video kedua ini pula mendedahkan kemunculan rasmi model tersebut pada 5 Februari nanti, seperti ditayangkan penghujung video. Speed Triple akan menerima enjin yang dikemas kini walaupun sangat mirip. Perbezaan paling ketara dapat dilihat adalah pada bahagian kepala silinder.
KAPASITI ENJIN SAMA
Menurut laporan MCN, kapasiti enjin, 1050cc dijangka sama, tetapi dengan perubahan besar. Memandangkan Tiger 1200 baharu (dan juga Speed Triple lama) ditampilkan dengan 100 perubahan rekabentuk enjin, jadi memang tidak mustahil perkara sama turut dilakukan.
Menurut jurugambar MCN yang terserempak kelibat Speed Triple (2018) sedang diuji, Triumph baharu itu memiliki had rev tinggi dan ada kemungkinan menghasilkan kuasa kecil sekitar 150hp. Khabarnya, Triumph akan memperkenalkan dua opsyen varian: R dan RS.
Kedua-dua model akan menerima skrin TFT warna penuh seperti Street Triple R dan RS, termasuk ciri elektronik (seperti mod tunggangan dan kawalan traksi). Model R akan menerima perubahan kecil berupa ekzos baharu, lampu LED dan rim 5-jejari.
Model RS pula dilengkapi ciri tambahan dan perubahan paling ketara berbanding varian standard ialah suspensi Öhlin depan dan belakang. Kedua-dua unit suspensi tersebut adalah jenis boleh laras sepenuhnya. Varian RS juga didatangkan dengan ekzos Titanium Arrow dengan perisai panas karbon sebagai ciri standard.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?
Tidak ketinggalan, RS turut menerima ciri khas Street Triple seperti barangan Brembo dan teknologi Quick Shifter serta aksesori gentian karbon dan subfrem berbeza berbanding R.
VIDEO
SUMBER: MCN
Leave a Reply