PADA acara pelancaran liveri pasukan MotoGP 2018, Suzuki turut mendedahkan skema warna replika baharu untuk jentera 1000cc keluaran pengeluar motosikal disegani dari Jepun itu.
Didedahkan pada ujian pra-musim MotoGP di Sepang, liveri baharu kali ini masih mengekalkan warna signatur Suzuki, biru dengan teks putih besar. Namun bagi musim 2018, perincian hitam ditambah bagi menggantikan kuning.
BACA >>> Lagi Sportbike 150cc Mahu Keluar, Suzuki GSF 150 Bandit Buat Indonesia Pening
Bukan hanya warna baharu, kedua-dua jentera, GSX-R1000 dan GSX-R1000R turut menampilkan beberapa ciri tekologi termaju. GSX-R1000 misalnya dibekalkan teknologi VVT MotoGP dengan kemampuan menghasilkan tork julat pertengahan dan rendah yang kuat tanpa mengabaikan kuasa puncak. Elemen lain yang diadaptasi GSX-R daripada jentera Moto-GP adalah seperti tren injap finger-follower dan corong ambilan cerobong (stack intake funnel)
GSX-R1000R pula dinaiktaraf sistem elektronik terdiri daripada 10-tahap, sistem kawalan traksi sensitif sudut miring dan kawalan luncur, termasuk ABS belokan, Quick Shifter dua arah dan bliper automatik.
Replika motoGP GSX-R1000R itu dijual pada harga £16,099 (RM88,899), manakala GSX-R1000 lebih murah, £13,599 (RM75,069). Dijadualkan di pasaran pada Mac ini yang kebetulan bermula musim baharu MotoGP.
Dalam saingan MotoGP 2018, nama Suzuki kali ini dibawa pelumba Andrea Iannone dari Itali dan Alex Rins (Sepanyol) di bawah nama pasukan Suzuki Ecstar dengan jentera taruhan GSX-RR.
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply