• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Demi Proton, Kami Sanggup Labur Jutaan Ringgit - Pengedar

Demi Proton, Kami Sanggup Labur Jutaan Ringgit - Pengedar

December 26, 2017 By Abang GYL 2 Comments

860
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WALAUPUN berdepan pelbagai cabaran, pengedar-pengedar Proton sanggup melabur jutaan ringgit dalam usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggan.

Salah seorang pengedar Proton, Datuk Shamshudin Nor, yang juga pemilik Kumpulan Syarikat Pantai Baharu yakin pelaburan dilakukan setakat ini berbaloi selepas melawat fasiliti Geely di Shanghai, China, baru-baru ini.

Datuk Shamshudin Nor"Sepanjang 40 tahun terlibat dalam bidang pengedaran kereta, saya sudah bersama Proton bermula EON (pada waktu itu) yang mana kami mencapai banyak kejayaan. Begitu juga pelbagai rintangan hingga membuatkan saya kurang yakin dan khuatir sejauh mana kami akan terus kekal dalam pasaran.

"Sehinggalah saya berpeluang memandu uji Geely Boyue baru-baru ini. Ternyata model Boyue itu memiliki kualiti pembuatan dan tahap keselesaan yang tinggi.

"Saya kagum dengan kualiti buatan Geely dan yakin zaman kegemilangan Proton akan kembali dengan pengenalan Boyue tidak lama lagi.

"Untuk itu, saya membuat keputusan untuk melabur sebanyak RM4 juta bagi pembinaan bilik pameran Proton baharu," kata Shamshudin penuh semangat.

BACA >>> Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik - Ryan Lai

pengedar protonDEMI PROTON, KAMI SANGGUP LABUR RM16 JUTA

Dalam pada itu, Susan Leong yang juga pemilik pusat 4S Proton Hoi Keen Service di Kuantan, Pahang turut berkongsi pandangan sama seperti Shamshudin.

Menurut Susan, lawatan ke Geely di China baru-baru ini berjaya membuka mata dan semangat baharu buat dirinya untuk terus membangunkan jenama Proton di Malaysia.

"Saya lihat Geely memiliki pelbagai teknologi yang canggih dan terkini. Begitu juga bilik pameran dan pusat servis Geely di China. Mereka bukan saja menjual kereta tetapi turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat pelanggannya.

"Selepas perbincangan, saya mengambil keputusan mahu membangunkan satu Pusat 4s Proton terbesar di Pahang dengan melibatkan kos pelaburan sekitar RM16 juta.

"Pelaburan ini bukan jumlah kecil. Tetapi bagi membuktikan keyakinan kami terhadap jenama Proton, saya sanggup menyahut cabaran itu.

"Ini kerana pelanggan bukan saja datang beli kenderaan baharu, tetapi kami mahu menyediakan pengalaman pemilikan lebih baik buat semua pelanggan selain mahu memulihkan jenama Proton di pandangan semua rakyat Malaysia," tambahnya lagi.

BACA >>> Promosi Akhir Tahun Proton - Beli Kereta Dapat Servis Percuma 5 Tahun, Untung Laa...

BACA >>> Lepas Lawat Geely Di China, Kami Yakin Masa Depan Proton Kembali Cerah - Pengedar Proton

pengedar proton

Related

860
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Shamshudin Nor, Geely, Geely Boyue, Hoi Keen Service, Kumpulan Syarikat Pantai Baharu, pengedar proton, Proton, proton dealer, pusat servis proton kuantan, Susan Leong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev