Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Demi Proton, Kami Sanggup Labur Jutaan Ringgit – Pengedar
Auto Terkini

Demi Proton, Kami Sanggup Labur Jutaan Ringgit – Pengedar

Abang GYLBy Abang GYL27/12/20172 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WALAUPUN berdepan pelbagai cabaran, pengedar-pengedar Proton sanggup melabur jutaan ringgit dalam usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggan.

Salah seorang pengedar Proton, Datuk Shamshudin Nor, yang juga pemilik Kumpulan Syarikat Pantai Baharu yakin pelaburan dilakukan setakat ini berbaloi selepas melawat fasiliti Geely di Shanghai, China, baru-baru ini.

Datuk Shamshudin Nor“Sepanjang 40 tahun terlibat dalam bidang pengedaran kereta, saya sudah bersama Proton bermula EON (pada waktu itu) yang mana kami mencapai banyak kejayaan. Begitu juga pelbagai rintangan hingga membuatkan saya kurang yakin dan khuatir sejauh mana kami akan terus kekal dalam pasaran.

“Sehinggalah saya berpeluang memandu uji Geely Boyue baru-baru ini. Ternyata model Boyue itu memiliki kualiti pembuatan dan tahap keselesaan yang tinggi.

“Saya kagum dengan kualiti buatan Geely dan yakin zaman kegemilangan Proton akan kembali dengan pengenalan Boyue tidak lama lagi.

“Untuk itu, saya membuat keputusan untuk melabur sebanyak RM4 juta bagi pembinaan bilik pameran Proton baharu,” kata Shamshudin penuh semangat.

BACA >>> Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik – Ryan Lai

pengedar protonDEMI PROTON, KAMI SANGGUP LABUR RM16 JUTA

Dalam pada itu, Susan Leong yang juga pemilik pusat 4S Proton Hoi Keen Service di Kuantan, Pahang turut berkongsi pandangan sama seperti Shamshudin.

Menurut Susan, lawatan ke Geely di China baru-baru ini berjaya membuka mata dan semangat baharu buat dirinya untuk terus membangunkan jenama Proton di Malaysia.

“Saya lihat Geely memiliki pelbagai teknologi yang canggih dan terkini. Begitu juga bilik pameran dan pusat servis Geely di China. Mereka bukan saja menjual kereta tetapi turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat pelanggannya.

“Selepas perbincangan, saya mengambil keputusan mahu membangunkan satu Pusat 4s Proton terbesar di Pahang dengan melibatkan kos pelaburan sekitar RM16 juta.

“Pelaburan ini bukan jumlah kecil. Tetapi bagi membuktikan keyakinan kami terhadap jenama Proton, saya sanggup menyahut cabaran itu.

“Ini kerana pelanggan bukan saja datang beli kenderaan baharu, tetapi kami mahu menyediakan pengalaman pemilikan lebih baik buat semua pelanggan selain mahu memulihkan jenama Proton di pandangan semua rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.

BACA >>> Promosi Akhir Tahun Proton – Beli Kereta Dapat Servis Percuma 5 Tahun, Untung Laa…

BACA >>> Lepas Lawat Geely Di China, Kami Yakin Masa Depan Proton Kembali Cerah – Pengedar Proton

pengedar proton

Datuk Shamshudin Nor Geely Geely Boyue Hoi Keen Service Kumpulan Syarikat Pantai Baharu pengedar proton Proton proton dealer pusat servis proton kuantan Susan Leong
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.