• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Travel Pack' KTM 1290 Super Adventure S untuk Tunggangan Lebih Meyakinkan

'Travel Pack' KTM 1290 Super Adventure S untuk Tunggangan Lebih Meyakinkan

December 16, 2017 By Abang GYL 2 Comments

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 1290 Super Adventure S kini menawarkan pakej 'Travel Pack' bernilai RM5,424 secara percuma yang memuatkan ciri baharu, iaitu:

  • My Ride
  • Quickshifter+
  • Kawalan Pegun Bukit (Hill Hold Control - HHC)
  • Regulasi Gelincir Motor (Motor Slip Regulation - MSR)

Ya, anda akan menerima 'Travel Pack' secara percuma dengan pembelian KTM 1290 Super Adventure S. Bagi ciri My Ride, ia dapat menghubungkan telefon pintar dengan motosikal menerusi sambungan wayarles Bluetooth yang membolehkan penunggang mendengar strim muzik dan membuat atau menerima panggilan telefon secara bebas tangan.

Quickshifter+ pula adalah evolusi daripada teknologi quickshifter sedia ada yang melancarkan penukaran gear tanpa klac sama ada menganjak naik atau menurunkan gear. Ciri baharu Quickshifter+ KTM pula menampilkan 'pengaktif' pada aci penyambung anjakan (shift connector shaft).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

Berhenti di cerun atau jalan berbukit bukanlah perkara yang disukai ramai penunggang.  Selain perlu menarik tuil brek depan, penunggang juga perlu melepaskan klac serta memulas terotel. Inilah sebab kenapa KTM melengkapkan 1290 Super Adventure S dengan HHC yang berfungsi memegang motosikal ketika berhenti atas laluan bercerun walaupun dalam gear neutral. Semestinya ciri sebegini sangat berguna bagi motosikal jenis touring yang biasanya bersaiz besar dan berat.

Akhir sekali ialah MSR yang beroperasi bersama ciri kawalan traksi motosikal (MTC). Ketika MTC dan sliper melepaskan roda belakang daripada melompat atau menggelupur, MSR pula bertindak mengehadkan tork belakang pada roda belakang dengan meningkatkan kelajuan enjin. Ciri ini amat berguna dalam situasi kurang cengkaman.

Situasi tersebut sama seperti aksi penunggang motocross sedang meligatkan putaran enjin pada rpm tinggi untuk mendapatkan kawalan traksi yang konsisten berbanding terus mematikan enjin. Semestinya, teknologi ini dibangunkan KTM dberasaskan input yang diperoleh daripada jentera jenama itu yang sudah biasa berentap dalam saingan off-road seluruh dunia.

Travel Pack boleh dianggap sebagai pakej keselamatan dan hiburan tambahan bagi sebuah jentera yang sudah sedia hebat. Jadi, sila kunjungi pengedar KTM terdekat sekarang!

BACA >>> KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan - Harga Bermula RM115,000

ktm-1290-super-adventure-s-1
ktm-1290-super-adventure-s-2
ktm-1290-super-adventure-s-3
ktm-1290-super-adventure-s-4
ktm-1290-super-adventure-s-5
ktm-1290-super-adventure-s-6

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: KTM, KTM 1290 Super Adventure S, quickshifter+, roda2, touring, Travel Pack

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev