• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ford Paten Pemegang Cawan Elak Minuman Tumpah

Ford Paten Pemegang Cawan Elak Minuman Tumpah

September 5, 2017 By Han Othman 1 Comment

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD baru-baru ini mempatenkan rekacipta pemegang cawan yang mampu mengelak minuman daripada tertumpah. Rekacipta terbaru itu pastinya melegakan hati pemandu dan penumpang yang gemar minum dalam kereta, tetapi risaukan kereta kotor akibat tumpahan air.

Paten itu, yang dibuat dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO), menunjukkan rekabentuk pemegang cawan biasa yang diletakkan di tengah gimbal, yakni sejenis peranti yang berfungsi menetapkan kedudukan seperti kompas dan giroskop.

Gimbal tersebut akan bergerak mengikut impak daya luar yang berlaku seperti ketika sedang memecut, membrek, atau membelok. Berat bahagian bawah pemegang cawan juga membantu gimbal memberikan kedudukan yang tepat.

BACA >>> Porsche Patenkan Beg Udara Pilar-A untuk Model Konvertibel


Paten tersebut juga memiliki pelindung lip yang berfungsi melindungi kotoran atau sisa yang mungkin terperangkap dan mengganggu gerakan gimbal. Ini termasuk bertindak sebagai pelindung untuk mengekalkan kedudukan pemegang cawan daripada bergerak terlalu jauh pada satu-satu arah.

BACA >>> Apple Patenkan Teknologi Kurangkan Gangguan Telefon Ketika Memandu Guna Jam Tangan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ford sudah mempatenkan pelbagai inovasi dan ciptaan baharu. Antaranya ialah rak basikal boleh tarik, dan kokpit dengan roda stereng dan pedal boleh tanggal.

Rata-rata pengeluar automotif masa kini cenderung mempatenkan sesuatu ciptaan untuk mengelak sebarang konflik dalam proses pembuatan dengan pesaing lain. Namun, tiada jaminan setiap paten tersebut bakal berada di pasaran.

SUMBER: Fox News

Related

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, cupholder, Ford, paten, pemegang cawan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my