• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Apakah BJ150-31 Ini Benelli RFS 150i Versi Naked? Bakal Tapau Yamaha FZ150i?

Apakah BJ150-31 Ini Benelli RFS 150i Versi Naked? Bakal Tapau Yamaha FZ150i?

September 4, 2017 By afiq Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PADA April lalu, Benelli menerusi pengedar baharunya, MForce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan moped pertama, Benelli RFS 150i ke pasaran Malaysia.

Lebih menarik, Malaysia ialah negara pertama dunia yang memperkenalkan Benelli RFS 150i. Apa yang pasti, kehadiran Benelli RFS 150i memberi saingan hebat kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang kini banyak mengusai segmen moped tempatan.

Terkini, Benelli khabarnya sedang membangunkan prototaip RFS 150i versi naked, dikenali sebagai BJ150-31. Sebagai makluman, kod BJ bermaksud Benelli, manakala 150 merujuk kepada sesaran enjin. Nombor '31' pula ialah rekaan atau model ke-31 dihasilkan.

Melihat rekaan BJ150-31, bahagian lampu depan terbelah tampak seakan KTM Duke 2017.

BACA >>> KTM Duke 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Sila Kumpul Duit Siap-Siap !!!

APAKAH BAKAL JADI KENYATAAN?

Persoalannya, apakah model naked itu bakal jadi kenyataan? Andaian kami, memang tidak mustahil. Lihat saja Honda, selain RS150R, pengeluar itu turut menawarkan Sonic. Begitu juga Yamaha dengan Y15ZR dan FZ150i.

Jika menilai berdasarkan trend masa kini, kami yakin Benelli RFS 150i versi naked akan diterima ramai, terutama pembeli di rantau Asean, termasuk Malaysia semestinya.

Kita dapat lihat model super moped, Benelli RFS 150i sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan walaupun lewat melakukan debut hampir empat bulan. Namun, apa paling penting, harga jualan! Jika dijual pada harga mampu milik, atau lebih rendah berbanding pesaing lain, kami yakin model naked itu akan laku keras! 😊

BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988

GALERI

SUMBER: Motorcycle Magazine

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, benelli rfs 150i, Benelli RFS 150i versi naked, Harga naked Benelli RFS 150i, naked Benelli RFS 150i, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my