• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford, Domino's Uji Kereta Hantar Pizza Sendiri

Ford, Domino's Uji Kereta Hantar Pizza Sendiri

August 30, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


KERJA penduduk bumi hari ini yang melibatkan fizikal nampaknya sedikit demi sedikit mula diambil alih robot dan program komputer. Situasi membabitkan teknologi kepintaran buatan (AI) memang sedang jadi perbualan hangat dunia, terutama kalangan saintis dan usahawan teknologi maklumat.

Malah, beberapa pengeluar automotif dunia juga rancak menguji kenderaan pandu automatik masing-masing, dan Ford Motor Company (Ford) juga tidak terkecuali.

BACA >>> Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

KERETA HANTAR PIZZA

Ford Uji Kereta Pemanduan Sendiri Untuk Hantar Domino's Pizza03
Ford Uji Kereta Pemanduan Sendiri Untuk Hantar Domino's Pizza02

Kini, dalam usaha mengorak langkah lebih jauh untuk mengutip data daripada dunia sebenar, Ford buat kali pertama bekerjasama dengan syarikat makanan terkenal dunia, Domino's Pizza. Kerjasama berkenaan adalah salah satu usaha Ford untuk memahami peranan yang dapat dimainkan kenderaan pandu automatik dalam servis penghantaran pizza.

Terasa macam April Fool pula, tetapi sekarang bulan Ogos kan?

Pasukan penyelidik kedua-dua syarikat akan membuat kajian terhadap maklum balas pelanggan berhubung interaksi dengan kenderaan pandu automatik. Kajian sebegitu sangat penting dalam memahami tanggapan pelanggan terhadap kaedah penghantaran seperti itu pada masa hadapan.

BACA >>> Tiada Pemandu, Tiada Masalah - Bas Pandu Automatik Kini di Ibu Kota Finland

SERIUS BANGUNKAN KERETA AUTOMATIK

Teknologi pandu sendiri atau automatik bukanlah perkara main-main kerana Ford sememangnya ada perancangan untuk mengeluarkan kenderaan dengan teknologi tersebut menjelang 2021. Sebenarnya, bukan saja Ford, tetapi Domino's Pizza turut memasang hasrat menggunakan kenderaan pandu automatik sebagai medium perkhidmatan penghantaran pizza.

Jika menjadi realiti, walaupun penduduk bumi masa akan datang mungkin tidak dihidangkan kereta terbang, sebaliknya kereta yang boleh memandu sendiri! Misteri dan berdebar juga kalau pesan pizza, tetapi si runner yang menghantar ialah kereta tanpa pemandu.

Ford Uji Kereta Pemanduan Sendiri Untuk Hantar Domino's Pizza01
ford-domino-auto-car-1
ford-domino-auto-car-2
ford-domino-auto-car-3
ford-domino-auto-car-4
ford-domino-auto-car-5
ford-domino-auto-car-6
ford-logo

 

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Domino's Pizza, Ford, kereta hantar pizza, kereta pandu sendiri, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev