Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Demak – Motul Meterai Perjanjian Kerjasama Perniagaan di Sri Lanka
Auto Terkini

Demak – Motul Meterai Perjanjian Kerjasama Perniagaan di Sri Lanka

Abang HirataBy Abang Hirata15/08/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd dalam diam kini sedang membangunkan empayar perniagaan motosikal mereka. Walaupun dikenali dengan produk utama motosikal Demak, syarikat ini juga adalah pemegang hak pengedaran MV Agusta di Malaysia.

Demak bukan saja mahu jadi jaguh kampung, tetapi turut mempunyai cita-cita untuk berjaya di pentas antarabangsa. Buktinya, Demak Sri Lanka sudah sedia memiliki 134 pengedar sah, dan 34 pusat mega yang menyediakan perkhidmatan alat ganti dan penyenggaraan seluruh negara Asia Selatan itu.

Lebih hebat, Demak bukan saja mempunyai cawangan jualan dan penyenggaraan, tetapi turut membuka kilang pemasangan di Sri Lanka. Malah, sambutan boleh dikatakan cemerlang purata jualan sebanyak 1,000 unit motosikal sebulan.

JADI PELINCIR RASMI

Demak Sales and Services Sri Lanka baru-baru ini memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal, Motul untuk menjadikan jenama itu sebagai pelincir rasmi yang disyorkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak di pasaran negara tersebut.

Susulan itu, Transmec International (Pvt) Ltd selaku pengedar sah MOTUL di Sri Lanka menjalin kerjasama dengan Demak Sales and Services Sri Lanka bagi membolehkan produk pelincir MOTUL dijual di semua rangkaian pengedar Demak seluruh Sri Lanka.

Pengurus Besar Operasi DNC Asiatic Sdn Bhd, Tan Peng Kee berkata, perjanjian kerjasama itu akan memberi peluang kepada kedua-dua jenama berkenaan untuk berkembang, seiring teknologi dan kepakaran masing-masing.

“MOTUL ialah jenama minyak pelincir terkenal dunia dan antara penaja yang juga rakan pelincir rasmi MotoGP sejak 2014 hingga sekarang. Demak amat berbangga dapat bekerjasama dengan MOTUL.

“Melalui kerjasama dengan MOTUL, kami akan berkongsi teknologi dalam meningkatkan keupayaan dan kepakaran jurutera serta rangkaian pengedar seluruh Sri Lanka,” katanya.

Tambah beliau, Demak akan mengesyorkan pengguna Demak menggunakan minyak pelincir MOTUL sepanjang dan selepas tempoh jaminan bagi mengekalkan keupayaan dan ketahanan enjin.

Auto Terkini Demak kerjasama motosikal Motul roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026

    1 Comment

    1. Nura Medina on 14/01/2018 09:52

      Ada program affiliate tak ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.