• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jumlah Penumpang BAS.MY Negeri Sembilan Naik 35 Peratus!

Jumlah Penumpang BAS.MY Negeri Sembilan Naik 35 Peratus!

December 31, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus

PENGGUNAAN perkhidmatan bas henti-henti BAS.MY di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan 35 peratus, dengan jumlah penumpang mencecah 125,000 orang setakat ini, berbanding 90,000 pengguna tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J Arul Kumar berkata, peningkatan itu melibatkan operasi 22 laluan dengan sokongan 90 unit bas seluruh negeri.

Pertambahan 35,000 penumpang membuktikan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan BAS.MY semakin meningkat, sekali gus mencerminkan kejayaan Kerajaan dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan," katanya.

Sasaran 200,000 Penumpang Tahun Depan

Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus
Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus

Arul Kumar berkata, pencapaian itu menjadi petunjuk positif dan Kerajaan Negeri komited terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan BAS.MY, dengan sasaran lebih 200,000 penumpang pada tahun depan.

Bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan itu, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa inisiatif seperti memperkenalkan kad konsesi BAS.MY yang menawarkan tambang percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan universiti serta orang kurang upaya (OKU). Setakat ini, 6,853 pendaftaran kad konsesi direkodkan di Negeri Sembilan dan angka itu dijangka terus meningkat.

Kad 30 Hari Tanpa Had RM30

Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus

Kerajaan Negeri turut menawarkan kad perjalanan 30 hari tanpa had, yang sebelum ini berharga RM50 sebulan, tetapi kini diturunkan kepada RM30, bersamaan kira-kira RM1 sehari.

Saya yakin langganan ini memberi penjimatan ketara kepada pengguna kerana membolehkan mereka menaiki BAS.MY tanpa had dalam tempoh 30 hari dan terbuka kepada semua kategori penumpang, termasuk bukan penerima kad konsesi.

Setakat ini, seramai 514 individu sudah mendaftar bagi kad 30 hari tersebut," katanya.

Laluan Nilai - KLIA Paling Sibuk

Arul Kumar berkata lagi, antara laluan paling sibuk ialah Nilai Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan purata 20,000 penumpang sebulan, diikuti laluan Terminal 1 Seremban ke Nilai Sentral yang merekodkan sekitar 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa laluan yang mencatatkan penggunaan rendah dan Kerajaan Negeri akan mencadangkan supaya laluan berkenaan ditamatkan atau disusun semula.

Antara laluan dikenal pasti ialah Nilai ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan berkemungkinan digantikan laluan baharu yang kini masih dalam penelitian pihak berwajib," katanya.

Dalam perkembangan lain, Arul Kumar berkata pihaknya akan mencadangkan kepada pengurusan BAS.MY supaya diwujudkan laluan khas ke Hospital Tuanku Ja’afar, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan akses ke hospital utama di negeri itu.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas henti-henti, BAS.MY Negeri Sembilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my