HONDA Malaysia terus mengganas dengan memperkenalkan model keempatnya tahun ini, Honda CR-V 2017.
Lebih menarik, Honda CR-V 2017 menjadi model pertama Honda yang dilengkapi pakej bantuan pemanduan, Honda Sensing. Apa itu Honda Sensing? Kami akan kupaskan satu persatu dalam artikel ini.
Bagi anda yang sedang merancang mahu membeli model SUV, kami sediakan 10 perkara perlu anda tahu mengenai Honda CR-V 2017.
1. EMPAT VARIAN
Honda CR-V 2017 didatangkan dalam empat varian dengan dua pilihan enjin. Antaranya;
- Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD
- Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 4WD
- Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 2WD
- Honda CR-V 2017 2.0L 2WD
2. HARGA BERMULA RM142,400
Dengan menawarkan pelbagai ciri menarik, Honda CR-V 2017 ditawarkan pada harga bermula RM142,400 hingga RM167,700.
- Honda CR-V 2017 2.0L 2WD - RM142,400
- Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 2WD - RM155,700
- Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 4WD - RM161,600
- Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD - RM167,700
* Harga termasuk GST tanpa insurans.
3. ENJIN TURBO
Honda CR-V generasi terdahulu didatangkan dalam pilihan enjin 2.0L dan 2.4L. Kini, varian 2.4L digugur dan digantikan dengan enjin bersesaran 1.5L.
Dalam erti lain, Honda CR-V 2017 dipadankan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5L Turbocharged dan 2.0L N/A.
Bagi 1.5L Turbocharged, enjin berkenaan turut digunapakai oleh Honda Civic Turbo. Bagaimana, beberapa talaan dilakukan bersesuaian dengan karekter Honda CR-V 2017.
Hasilnya, ia mampu menghasilkan sebanyak 191hp pada 5,600rpm dan tork 243Nm (2,000 - 5,000rpm). Manakala enjin 2.0L N/A pula mampu menghamburkan kuasa 152hp pada (6,500rpm) bersama tork 189Nm (4,300rpm).
4. PENGIKTIRAFAN EEV
Lebih menarik, Honda CR-V 1.5L Turbocharged diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Secara tidak langsung, ia menawarkan penggunaan minyak lebih cekap iaitu dengan catatan 7L per 100km.
5. WARNA PILIHAN
- Dark Olive Metallic (warna baharu)
- Obsidian Blue Pearl
- Modern Steel Metallic
- Lunar Silver Metallic
- White Orchid Pearl
6. HONDA SENSING
Honda Sensing ialah ciri pemanduan pertama ditawarkan oleh Honda. Antara tujuh ciri bantuan pemanduan Honda Sensing ialah;
- Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control - ACC)
- Jejak Kelajuan Rendah (Low-Speed Follow - LSF)
- Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (Front Collision Warning - FCW)
- Sistem Pembrekan Mitigasi Perlanggaran (CollisionMitigation Braking System - CMBS)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System - LKAS)
- Sistem Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation - RDM)
- Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning - LDW)
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Honda Sensing pada Honda CR-V 2017, anda boleh baca artikel di bawah;
BACA >>> Apa Itu Honda Sensing Pada Honda CR-V 2017 - Power Sangat Ke?
7. REKAAN MENARIK
Berikut ialah ciri menarik yang ada pada luaran Honda CR-V 2017;
- Rekaan solid wing
- Lampu utama LED
- Lampu Nyalaan Siang LED
- Lampu belakang dan brek LED
- Lampu kabus hadapan LED
- Spoiler belakang
- Rim aloi 2-tona
8. DALAMAN LEBIH LUAS
Berbanding generasi terdahulu, Honda CR-V 2017 adalah lebih luas dan lebar. Ketinggian Honda CR-V 2017 meningkat dari 1,685 mm kepada 1,689 mm (+4 mm), lebar kini 1,855 mm (+35 mm), jarak roda 2,660 mm (+40 mm). Bagaimana, panjang dikurangkan sebanyak 6 mm (4,584 mm) berbanding sebelumnya.
Manakala ruang kargo juga 250 mm lebih luas berbanding generasi sebelum ini. Ruang kargo 522L boleh dibesarkan kepada 1,084L apabila tempat duduk barisan kedua dilipat sepenuhnya.
9. AKSESORI TAMBAHAN
Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih ranggi, Honda Malaysia turut menawarkan tiga pakej tambahan iaitu Utility, Urban dan Aero.
10. MANA 1 PATUT SAYA BELI
Ada yang bertanya kepada kami, varian mana satu patut dibeli. Sejujurnya jika anda memiliki kemampuan, kami syorkan anda memilih Honda CV-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD.
Kenapa? Harga ditawarkan (RM167,700) boleh dianggap berbaloi kerana varian ini turut memiliki ciri keselamatan Honda Sensing. Ini kerana ciri keselamatan begini hanya boleh didapati pada model premium. Kini dengan harga dibawah RM200,000, anda sudah memilikinya.
Kami yakin anda pasti tidak akan menyesal selepas memiliki Honda CR-V 2017 ini kerana ia sememangnya berbaloi dengan ciri ditawarkan.
Leave a Reply