Apabila anda masuk dalam kereta dan cuba memulas kunci untuk menghidupkan enjin, tiba-tiba kunci tersekat. Situasi begini sudah tentu tidak berlaku jika anda memiliki kenderaan dengan ciri punat tekan-mula (push-start) atau kunci elektronik.
Tetapi, ramai kalangan kita masih menggunakan kunci kereta gaya lama yang perlu dipulas sebelum menghidupkan enjin. Sudah tentu anda tidak mahu terlalu memaksa kerana bimbang kunci patah atau merosakkan kereta.
Apakah yang anda boleh lakukan untuk membuatkan kunci tersebut boleh dipulas semula supaya enjin dapat dihidupkan?
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga
HIDUPKAN KERETA APABILA ENJIN TERSEKAT
Kereta anda sebenarnya ada fungsi pengunci stereng (steering lock) sebaik saja anda mencabut keluar kunci daripada suis kunci atau ignition. Fungsi ini direka untuk mengelak pencuri membelokkan roda kereta. Sebenarnya, tiada ciri atau fungsi yang mampu menghalang tindakan seorang pencuri nekad. Tetapi, sekurang-kurangnya ciri seperti ini mampu menyusahkan dan melengahkan kerja-kerja jahat mereka.
Pengunci stereng siap terbina itu hanya akan berfungsi jika kereta dimatikan dalam posisi yang betul. Ini menghalang kunci kereta daripada membebaskan pengunci roda stereng, sekali gus pencucuhan tidak berlaku.
Bagaimana mahu membebaskan semula stereng yang terkunci? Dalam kes ini, cara mengatasinya ialah:
Apa yang perlu anda lakukan adalah memutarkan roda (sedikit saja) mengikut arah kunci dipulas untuk menghidupkan enjin, iaitu kanan. Dalam erti kata lain, cuma goyangkan sedikit stereng sambil memulas kunci dengan lembut. Sepatutnya anda sudah dapat menggerakkan kunci hingga tahap ignition. Jika ya, masalah anda selesai.
Tonton video di bawah untuk pemahaman lebih jelas. Lihat minit 1:35:
Diulangi, penyelesaian ini boleh digunakan untuk kenderaan dengan kunci kereta fizikal atau tradisional sahaja, iaitu kunci logam perlu dimasukkan dulu ke dalam suis pencucuh dan dipulas untuk menghidupkan kereta.
Jika anda menggunakan kunci elektronik, seperti punat tekan-mula (push-start), cara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Ini termasuk sekiranya ignition kenderaan anda ialah jenis punat tekan-mula. Mahu tidak mahu, anda perlu bawa kereta ke bengkel ia melibatkan masalah elektronik.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
CARA LAIN MEMULAS KUNCI?
PERIKSA GEAR!
Alasan lain kenapa ignition tidak dapat dihidupkan apabila kunci sudah dimasukkan dan dipulas pada posisi betul adalah kerana kereta anda dimatikan dalam gear.
Sesetengah kenderaan automatik tidak membenarkan kunci dicabut keluar melainkan kereta diparkir dalam posisi neutral (N) atau parkir (P). Tetapi, ada kereta yang tiada ciri keselamatan itu dan anda boleh mencabut keluar kunci walaupun kereta dimatikan dalam gear, misalnya Perodua Viva. Jadi, sila pastikan kereta anda berada dalam mod P sebelum mematikan enjin.
Jika bukan kerana situasi seperti di atas, sila PERIKSA BATERI KERETA. Jika sudah mati atau kong, kunci yang digunakan sudah tentu tidak dapat menghidupkan kereta. Penyelesaiannya, dapatkan bateri baharu.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?
MASALAH LAIN KUNCI KERETA
Jika kunci kereta terlalu haus atau bengkok, atau tidak menggunakan kunci yang betul, sudah semestinya kunci itu tidak dapat dipulas untuk menghidupkan ignition. Jadi, pastikan dulu anda menggunakan kunci kereta yang betul. Bukan kunci motosikal atau rumah!
SUMBER: Thoughtco.com
imran says
assalamualaikum..
kereta sya saga flxmengalami msalah kunci kereta tak boleh nak cabut.. tetapi kereta boleh start mcm biasa.. tapi kunci still melekat tak boleh nak cabut wlaupun dh sembur anti karat..
harap tuan dpt membantu..
Sha says
Exora saya pun sama..bolh start, x boleh nk cabut..smlm saya pksa cabut.. boleh, pagi bila nk cucuk kunci susah sikit..n bila da smpi rumh, nk cabut xboleh.
Ijaa says
Thanks for the resolve! Sgt membantu
Mohd Radzi Bin Jaafar says
Kereta Axia, bagaimana sekiranya kita double park, kunci tak boleh cabut. Kita terpaksa tinggal kan kereta dalam keadaan N supaya orang boleh tolak untuk mengalihkan kereta kita.
ABG GYL says
Letak P dulu, selepas itu cabut kunci. Untuk turun kepada N, sebelah tuil gear ada button. Tekang button itu dan tolak gear ke P
Rizalhjosman says
Assalamualaikum saya ada masalah dgn starter kereta gen2 saya.masalahnya starter hidup dgn tiba2 walaupun x pasang lg kunci Kereta.
Toksiak rizal says
Assalamualaikum saya nk tnya kenapa starter gen2 saya tiba2 hidup walaupun x pasang lg kunci
Azlyn Daniera says
Saga flx saya kunci tak boleh start enginee rumah kunci loose tak
Saharuddin says
Vw polo sedan saya slps buka stereng lock tp kunci x blh pusing utk start??
Bantu saya
Dadungdrnr says
Bagaimana pula dgn masalah saya.. Kunci kereta saya patah? Harap di bantu
Mohammad aleyas says
Kereta Mercedes benz s320 kunci tak boleh pulas.bagai mana hendak atasinya
Nakal says
Kereta lambogini x boleh pulas kunci, macam mana nak mengatasi
Rizal says
Lock stering wira sya boleh buka tp nk pulas utk on n start tk boleh,nk buat mcm mne ya?
Arie Lasso says
Proton persona saya masuk kunci boleh tapi tak boleh start ,macam kena lock ..tapi bukan steering lock..enjin tak boleh start..
Jong says
Nak tanya buss lever gear auto myvi lgibest baru saya tukar tapi masalah dcni bila on engin ok tetapi bila off engin kunci tidak boleh cabut walaupun sy da letak ke mod P. So sy terpaksa cabut kepala betri baru boleh cabut kunci
Nizam says
Steering tak bole lock?enjin dah off tapi steering tak dapat lock.kereta Isuzu D-max
Suwardi says
Kereta persona kunci tak boleh pulas.
Broeess says
Assalamualaikum Abang Gan, saya nak bagi tahu masalah saya tapi ini berkenaan slot kunci kereta saya, saya tak tahu sama ada yang lain pernah hadapi masalah seperti saya, masalah dia adalah, kunci kereta boleh cuck di slot kunci dan berada di bahagian lock, tetapi bila saya pulas ke Ac dan kunci jadi mcm senang pusing tetapi seakan "loose" longgar sangat, sebabnya dari 'lock" ke "AC" jadi pulas terus ke "ON" dan "start" dalam keadaan sangat loose ibarat kunci tu tak ada stop disetiap gerigi bahagian slot kunci tu, dan apa yang berlaku ialah, kereta memang tak dapat start, dan bila saya pulas kunci semula ke bahagian lock, kereta tak jadi fully lock dan ibarat slot kunci berada dalam keadaan "AC' dan ini menyebabkan radio kereta masih lagi on. saya agak terkejut sebab saya tak pernah hadapi masalah seperti ini dan bila saya search solution, kebanyakannya semua masalah kunci tersekat, batry kong, streng terlock, tapi masalah saya bukan seperti itu dan masalah saya seperti saya bagitahu, dan berkemungkinan kah di bahagan slot untuk masuk kunci kereta itu yang ada masalah ? boleh saya tahu apa solution dia, terima kasih
Azhan O says
Macam dah loose sangat tu. Kena buat kunci baru. - admin