BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) melancarkan peraduan baharu, 'Pam & Beli Syoknya Menang!' bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2024.
Penyertaan peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan sama ada pengguna atau bukan pengguna BHPetrol eCard yang berumur 18 tahun ke atas.
Namun, istimewa kepada ahli BHPetrol eCard kerana anda akan dikira sebagai dua penyertaan berbanding bukan ahli yang hanya dikira satu penyertaan.
Syarat Peraduan
Anda perlu berbelanja minimum RM40 dalam satu transaksi sama ada mengisi minyak kenderaan, atau membeli barangan di kedai runcit Petromart (kecuali tembakau, Touch n Go, ePay, pembayaran utiliti, dan cucian kereta) di semua stesen BHPetrol yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Setiap penyertaan dimasukkan automatik apabila pembelian diimbas menggunakan eCard fizikal atau digital (dikira 2x penyertaan), manakala bukan ahli eCard boleh menyertai peraduan dengan mengimbas kod QR disediakan (dikira 1x penyertaan).
Hadiah Ditawarkan
- Hadiah Utama: Kad Petrol Percuma dan Tunai RM5,000 (10 pemenang)
- Hadiah Kedua: Kad Petrol Percuma dan Tunai RM3,000 (10 pemenang)
- Hadiah Ketiga: Baucar BHPetrol RM3,000 (20 pemenang)
Maklumat lanjut boleh layari: bhpetrol.com.my/peraduan-pam-dan-beli-syoknya-menang/
Leave a Reply