• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Miami Beach Teruk Kena Kecam Guna Kereta Peronda Rolls-Royce Ghost

Polis Miami Beach Teruk Kena Kecam Guna Kereta Peronda Rolls-Royce Ghost

May 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA sejumlah agensi penguatkuasaan dunia dikenali ramai kerana menggunakan kereta sport dan eksotik untuk membantu tugas membanteras jenayah.

Unit Peronda Lebuhraya Jepun (Tochigi) ada Nissan GT-R (foto bawah, kiri), manakala Perancis pula menggunakan Alpine A110, khususnya di kawasan luar bandar.

Di Itali pula, Lamborghini Huracan digunakan untuk tujuan penghantaran organ transplan dengan pantas. Tidak lupa juga Polis Dubai yang sarat dengan aset terkenal seperti Bugatti, Lamborghini, McLaren dan Porsche.

Terbaharu, Jabatan Polis Miami Beach mengumumkan aset kereta peronda terbaharu agensi itu, iaitu sebuah Rolls-Royce Ghost yang siap dihiasi liveri dan lampu strob dalam perkongsian satu klip video di media sosial.

MBPD and professional staff exemplify the highest standards of dedication and quality policing in our unparalleled commitment to the residents and visitors we serve. We are thrilled to introduce this stunning addition to the MBPD recruitment team—courtesy of @bramanmotors ! pic.twitter.com/I27NUAgsge

— Miami Beach Police (@MiamiBeachPD) May 9, 2024

Bagaimanapun, pengumuman aset itu lebih pantas mengundang kemarahan dan mendapat kecaman netizen, penduduk setempat dan pembayar cukai yang mempersoal kecekapan agensi itu menguruskan bajet diterima.

Seorang pegawai dari Jabatan Polis itu memberitahu portal berita Miami Herald;

Kami tidak tanggung sebarang kos untuk kereta itu. Pembayar cukai Miami Beach pun tak bayar apa-apa untuk ini."

Jabatan itu kemudian menjelaskan, kereta itu adalah pinjaman dan akan dipulangkan kepada syarikat Braman Motors. Walaupun tidak membuat sebarang bayaran, agensi itu mungkin perlu bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan ketika digunakan.

Media lain juga melaporkan kereta itu dipinjamkan bagi tujuan promosi untuk merekrut orang awam menyertai agensi penguatkuasaan tersebut.

SUMBER: Drive | News 7 Miami

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Polis Miami Beach, Miami Beach Police, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my