• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Elektrik NETA X Bakal Jadi Produk CKD Malaysia Mula 2025

SUV Elektrik NETA X Bakal Jadi Produk CKD Malaysia Mula 2025

May 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


NETA X ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama China turut tersenarai dalam program pemasangan tempatan (CKD) NETA Auto Malaysia selain NETA AYA.

Aktiviti pemasangan itu akan dilakukan kilang NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) di Rembau, Negeri Sembilan, dijangka suku ketiga 2025. Khabarnya, model itu bakal dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 bulan depan kepada umum.

Ketika berkunjung ke China untuk menghadiri pelancaran global NETA L di Pameran Motor Antarabangsa Beijing (Auto China) 2024, penulis sempat melawat pengedar NETA Auto untuk melihat NETA X secara dekat.

Berikut spesifikasi model itu di China:

DIMENSI

  • Dua varian ditawarkan iaitu Standard Range dan Long Range.
  • Dimensi kedua-dua varian ialah panjang 4,619mm, lebar 1,860mm dan tinggi 1,628mm. Jarak roda 2,770mm dan jarak tinggi bumi 135mm.
  • Berat Standard 1,745kg manakala Long Range, 1,815kg.
  • Rim aloi 18 inci dengan saiz tayar 225/60.
  • Sistem suspensi strut McPherson (depan), dan Multilink (belakang).

TRENKUASA

  • Standard Range dan Long Range menggunakan unit motor elektrik tunggal kekal segerak (PMSM) sebagai sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Output kuasa motor 120kW (160hp) dan tork 210Nm dengan pecutan 0-100kmj mengambil masa 9.5 saat, manakala kelajuan maksimum 150kmj.
  • Tiga mod pemanduan: Eco, Sport dan Comfort.

PEK BATERI, MASA MENGECAS

  • NETA X menggunakan pek bateri LFP dengan kapasiti 53kW untuk varian Standard dan 63kW atau 66kW, Long Range.
  • Tempoh mengecas Standard Range ialah 9 jam (pengecas biasa, AC) dan 30 minit menggunakan pengecas pantas, DC.
  • Long Range dengan pengecasan biasa memerlukan 11 jam untuk kapasiti 100 peratus atau 30 minit untuk mencapai paras 80 peratus daripada 30 peratus.
  • Jarak pemanduan Standard Range ialah 400km, manakala Long Range menawarkan jarak 500km mengikut kitaran NEDC.

PERINCIAN LAIN

  • Ruang but 508 liter boleh dipertingkat menjadi 1,388 liter dengan merebahkan tempat duduk belakang.
  • Menggunakan bahan material lembut dalam ruang kabin.
  • Skrin infotainmen jenis sentuh 15.6 inci.

CIRI KESELAMATAN

  • 11 unit sensor termasuk empat kamera pandang keliling dan satu kamera depan
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) halaju penuh
  • Sistem Brek Automatik (AEB)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pengesan Titik Buta (BSM)
  • Sistem Pengecaman Papan Tanda Jalan
  • Lampu Depan Adaptif (AHL)
  • Sistem Pemantau Pemandu (DMS)
  • Amaran Rempuhan Depan (FCW)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Jelajah Pintar (SCA)
  • Sistem Kekal Lorong Kecemasan (ELKS)
NETA X - 33
NETA X - 34
NETA X - 35
NETA X - 44
NETA X - 16
NETA X - 27
NETA X - 29
NETA X - 59
NETA X - 30
NETA X - 55
NETA X - 58
NETA X - 51
NETA X - 3
NETA X - 23
NETA X - 67
NETA X - 68
NETA X - 61
NETA X - 66
NETA X - 9
NETA X - 7
NETA X - 4
NETA X - 6
NETA X - 15
NETA X - 12
NETA X - 5
NETA X - 31
NETA X - 48
NETA X - 47
NETA X - 50
NETA X - 49
NETA X - 10
NETA X - 11
NETA X - 37
NETA X - 38
NETA X - 39
NETA X - 41
NETA X - 43
NETA X - 53

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: NETA Auto, NETA AYA, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev