• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mampukah Proton Teruskan Dominasi Selepas Catat Rekod Cemerlang 2023?

Mampukah Proton Teruskan Dominasi Selepas Catat Rekod Cemerlang 2023?

January 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON menjual 12,711 unit kenderaan sepanjang Disember lalu, sekali gus mengakhiri 2023 dengan jualan terkumpul 154,611 unit kenderaan (domestik dan eksport).

Pencapaian itu menandakan prestasi tahunan terbaik dengan pertumbuhan jualan untuk lima tahun berturut-turut. Jumlah jualan tahun lalu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 9.3 peratus berbanding 2022 (141,432 unit kenderaan).

RAHSIA KEJAYAAN PROTON

  • Proton mampu meneruskan momentum jualan terbaik sepanjang tahun lalu disebabkan populariti model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga).
  • Tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV) siri X seperti Proton X50, Proton X70 dan Proton X90 mencatat jualan lebih 200,000 unit sejak Disember 2018.

MODEL PROTON PALING LARIS 2023

  • Proton Saga mencatat jualan 70,184 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus menjadi model paling laris Proton dan model kenderaan keempat paling laris 2023.
  • Menurut Proton, pertumbuhan jumlah jualan luar biasa itu (25.6 peratus) disebabkan Saga menjadi pilihan pembeli kali pertama yang mahukan kenderaan selamat, reliabel dan seronok dipandu.

MODEL TERJEJAS AKIBAT KRISIS MIKROCIP

  • Ada beberapa model Proton terpalit isu gangguan mikrocip pada 2022, antaranya Persona dan Iriz.
  • Bagaimanapun, pada tahun lalu, Proton Persona mencatatkan kenaikan jualan agak signifikan dengan peningkatan 48.9 peratus, atau jualan mencecah 24,362 unit.
  • Prestasi itu meletakkan Persona di tangga kedua dalam sedan segmen-B.
  • Model Iriz pula mencatatkan peningkatan jualan 33.8 peratus kepada 7,639 unit sepanjang tahun lalu.

SELAMAT TINGGAL PROTON EXORA

  • Exora adalah salah satu kenderaan pelbagai guna (MPV) popular Malaysia, tetapi Proton memutuskan menamatkan pengeluaran model itu tahun lalu.
  • Sepanjang 2023, jualan Exora naik 4.6 peratus, atau 4,473 unit terjual dalam tempoh 12 bulan.
  • Sehingga kini, lebih 194,000 unit Exora sudah dijual, sekali gus menjadikan MPV segmen-C paling berjaya dalam sejarah automotif Malaysia.

PRESTASI SIRI X (GEELY-PROTON)

  • Proton X50 dan X90 mengakhiri 2023 sebagai pendahulu pasaran untuk segmen masing-masing.
  • Proton X50 mencatat jualan 31,829 unit sepanjang tahun lalu, termasuk eksport.
  • Proton X90 pula semakin dominan dalam segmen SUV segmen-D dengan jualan 4,815 unit sejak dilancarkan pada 7 Mei 2023.
  • Proton X70 muncul sebagai SUV segmen-C kedua popular tahun lalu dengan jualan 11,200 unit.

TEMPAHAN S70 DIJANGKA TERUS MENINGKAT

  • Penghantaran Proton S70 kepada pelanggan akan bermula tahun ini.
  • Setakat ini, lebih 5,000 unit ditempah dan S70 dijangka menyumbang kepada jumlah jualan besar tahun ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Proton 2023, Jualan Proton Disember 2023, Proton, PROTON Holdings Berhad, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev