PENGELUAR helmet tempatan, Gracshaw Malaysia menjalin kerjasama dengan DC Comics untuk memperkenalkan enam helmet muka terbuka (open face), siri Gennex edisi terhad yang menampilkan liveri adiwira seperti Batman, Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan The Joker.
Hanya 1,500 unit dihasilkan untuk helmet Superman, Batman, The Flash dan The Joker, manakala grafik Aquaman dan Wonder Woman pula hanya 500 unit dihasilkan setiap satu.
Helmet siri Gennex ini menampilkan mekanisme kunci D (D-Ring) ganda, sistem pengudaraan berganda dan pelapik dalaman mewah boleh tanggal serta diiktiraf piawaian keselamatan Malaysia, SIRIM untuk tunggangan harian di jalan raya.
Saiz helmet bermula M hingga XXXL yang setiap satu berharga RM460, dan didatangkan dalam kotak khas dengan beg eksklusif, sijil ketulenan dan pelekat unik yang diilhamkan DC Comics untuk ciri peribadi tambahan.
Sementara itu, visor matahari helmet ini boleh disesuaikan dengan lapan pilihan warna dinamik bagi mengoptimum penampilan dan daya tarikan estetika.
Helmet edisi terhad ini adalah tanda tribut kepada peminat yang mana direka teliti di bawah tanda dagang DC Comics untuk menjamin ketulenan dan keaslian.
Semua enam varian helmet DC edisi terhad ini tersedia eksklusif di 30 pengedar Gracshaw terpilih seluruh Malaysia.
BACA >>> Koleksi Helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM420
BACA >>> Helmet Buatan Malaysia, Gracshaw Masuk Pasaran Indonesia
Leave a Reply