• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prototaip Supermoped Modenas-Kawasaki Jalani Ujian Awal di Luar Negara, Siap 2025!

Prototaip Supermoped Modenas-Kawasaki Jalani Ujian Awal di Luar Negara, Siap 2025!

April 19, 2023 By Shawkath 3 Comments

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUMBER PanduLaju mendedahkan prototaip supermoped Modenas-Kawasaki sudah siap dibina dan sedang menjalani beberapa siri ujian di negara asing. Benarkah?

Ujian tersebut adalah sebahagian proses fine-tuning supermoped berkenaan. Sumber juga mendakwa ada wakil Jepun terlibat dalam projek supermoped itu datang mengunjungi Modenas bulan lalu untuk berkongsi perkembangan projek tersebut.

Apabila ditanya adakah Modenas masih mahu menunggu hingga 2025 untuk memperkenalkan supermoped Modenas-Kawasaki, sumber enggan dikenali itu berkata;

Ya, sama seperti apa pernah dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas (Roslan Roskan) ketika lawatan media ke kilang Gurun. Tahun 2025."

Sumber menjelaskan projek tersebut melibatkan Kawasaki yang melakukan kerja cukup teliti dan bukan mengejar masa menyiapkan sesuatu produk untuk diperkenalkan ke pasaran Malaysia sahaja.

Apabila ditanya, kenapa Modenas berhajat memperkenalkan supermoped ketika pesaing lain sudah lama menjual produk masing-masing di pasaran tempatan. Bukankah sudah jauh ketinggalan?

Dominasi Yamaha, Honda

Yamaha Y15ZR (2022) Perak - 4
yamaha-y16zr-60th-edition

Sumber menjelaskan, Modenas perlu ada model motosikal kelas 150cc ke atas kerana menjadi lubuk terbesar segmen kapcai.

Secara purata, kira-kira 40 peratus jualan motosikal adalah membabitkan kelas 150cc hingga 175cc. Segmen underbone paling popular Modenas pula ialah Kriss 110, tetapi saiz pasaran kapcai 110cc cuma sekitar 10 peratus.

Buat masa ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dipercayai mendominasi segmen kapcai 150cc menerusi dua model perdana, Y15ZR dan Y16ZR. Sebelum terlupa, Yamaha 135LC juga masih menerima sambutan baik daripada kalangan pengguna tempatan.

Honda RS150R
Honda RS150R
Trico rim emas
Trico rim emas

Boon Siew Honda (BSH) pula di tempat kedua menerusi dua model kapcai popular, Honda RS150 dan Honda RS-X untuk segmen supermoped. Dua lagi pemain dalam liga supermoped tempatan ialah Suzuki Raider R150 Fi dan SYM VF3i .

Segmen 125cc ke Bawah Semakin Kecil

  • Trend sejak tiga tahun kebelakangan ini menyaksikan penurunan jualan motosikal bawah 125cc daripada anggaran 42 peratus (2021) kepada 34 peratus (2022) dan 25 peratus tahun lalu.
  • Segmen motosikal 126cc hingga 250cc menunjukkan trend kenaikan daripada 58 peratus pada 2021 kepada 66 peratus (2022) dan 75 peratus (2023).

BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!
BACA >>> Aveta Malaysia Lancar Supermoped SVR 180 (2022), Harga RM9.9k!

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kapcai, Kawasaki, Modenas, Modenas Kawasaki, roda2, Roslan Roskan, Supermoped, Supermoped 150cc, Supermoped Modenas

Comments

  1. Alhamra interprise says

    April 21, 2023 at 9:17 AM

    Prototaip demikian memang di tunggu oleh semua rakyat malaysia.Sebalik semua demikian tidak mudah berjaya dan menjaya startegi selera rakyat malaysia.Bagi golongan rektro lebih kepada kegunaan dalam ladang paya lumpur.Bagi mudah golongan ini memikir beli motorsikal untuk buat kerja untuk angkut barang bermakna setter tidak tercungkit keadaan lebih rata dan di sisi tepi boleh letak busket beroda gambaran di minda petani itu.Bermakna di kiri kanan ada motorsikal itu ada spring anjal untuk ikat busket itu dengan kuat..Tidak wujud spring tengah ditengah badan motorsikal itu.Motorsikal nasional mesti mengutamakan dalam produknya mengutamakan golongan O.K.U...orang kelainan upaya keteria motorsikal lebih dominan kepada golongan O.K.U menikmati bersama lestari motorsikal negara. Kita malaysia.

    Reply
  2. Muhammad Umar Sufyan says

    April 22, 2023 at 10:10 AM

    Bila lagi mahu mengeluarkan motor EV 150cc?
    Sebelum ini Modenas telah mengeluarkan medenas EV, tetapi malangnya hanya mendapatkan top speed 80KM/h sahaja.
    Diharap boleh bekerjasama dengan mana-mana syarikat motor Ac atau membina sendiri dengan kejuruteraan dan ilmu-ilmu kejuruteraan di dalam negara untuk motor AC yang lebih berkuasa. Aamiin.
    Harap pihak pandulaju.com dapat bekerjasama dalam pembangunan motosikal EV ini untuk mendapatkan market tinggi yang menguntungkan rakyat, negara, serta syarikat di Malaysia sendiri. Aamiin.

    Reply
  3. Man says

    October 27, 2023 at 11:02 PM

    Super moped 200-250cc memang ditungu² oleh penunggang² M'sia..

    Hanya dgn kuasa 200-250cc dpt menumpaskan penguasaan Yamaha dan Honda.. dan untuk mengaut semua segment pengguna harus mengambil kira faktor practicality iaitu seat yg mendatar seperti Y15 dan engine yg tahan lasak seperti Honda

    Yamaha + design = winner but engine reliability outttt....
    Honda + tahan lasak = winner but lose on seat design not flat
    Modenas + reliability= undefeated if take note on those 2 aspects of the rival weakness

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev