PENGELUAR motosikal Korea Selatan, Hyosung secara eksklusif memperkenalkan model cruiser terbaharu, GV 300 R Taming Wind untuk pasaran China. Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai harga model tersebut.
Produk binaan Hyosung pernah memasuki Malaysia dengan lencana Naza Blade, tetapi gagal bertahan lama di pasaran tempatan.
Hyosung GV 300 R Taming Wind dipercayai menggunakan model Hyosung Aquilia 300 sebagai asas pembangunan yang turut ditawarkan di beberapa pasaran Eropah.
Rekabentuk nampak 'luar biasa' hingga portal automotif Motorrad menggelarkannya sebagai 'Fubar'. Maksudnya, agak teruk.
Rekabentuk komponen agak membingungkan seperti tangki minyak, sistem ekzos, ventilator ambilan udara di sisi, set madgad dan lampu utama. Cruiser ini didatangkan dengan pelana tunggal dan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
Trenkuasa dijana enjin 300cc V-Twin 60º berkuasa 30hp dan tork 26Nm dengan hantaran kuasa ke roda belakang menggunakan tali sawat. Panel meter TFT bulat dalam paparan digital berwarna.
Rakan permotoran Motorrad di Jerman meletakkan harapan supaya Hyosung tidak menawarkan model cruiser pelik itu ke pasaran Eropah. 😅
BACA >>> MOTO: Naza N5 (2014)
BACA >>> Hyosung - Jenama Motosikal dari Korea, Pernah Diperkenalkan Sebagai Naza Blade
BACA >>> Hyosung Aquila GV300S Bobber Lancar di Sepanyol, Harga RM21k
BACA >>> Mahu Bergaya Tapi Bajet Ciput? Pilihlah 4 Sportbike Bawah RM13k Ini
SUMBER: MotorradOnline
Leave a Reply