• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyosung – Jenama Motosikal dari Korea, Pernah Diperkenalkan Sebagai Naza Blade

Hyosung - Jenama Motosikal dari Korea, Pernah Diperkenalkan Sebagai Naza Blade

May 17, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

904
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada yang tidak tahu, Hyosung ialah pengeluar motosikal terbesar Korea Selatan yang aktif sejak tahun penubuhannya, 1978. Namun, jenama itu masih kurang popular berbanding pesaing lain walaupun produk dua roda jenama itu dijual di 60 negara.

Berpangkalan di bandar pelabuhan Changwon, tenggara Korea Selatan, Hyosung pernah menjalankan perniagaan sebagai memasangkan unit motosikal Suzuki.

Pengeluar itu juga tidak terlepas daripada turun naik perniagaan dan sudah beberapa kali hampir diisytiharkan bangkrap akibat kemerosotan jualan motosikal tempatan. Bagaimanapun, Hyosung terselamat apabila syarikat itu diambil alih KR Motors Company Ltd (KR Motors) pada 2014.

hyosung-logo
hyosung-showroom-hydrebad

Sebelum berpindah milik, Hyosung adalah anak syarikat kepada konglomerat besar di Korea Selatan. KR Motors kemudian menyusun semula strategi dan hasilnya Hyosung kembali mencatat peningkatan jualan menerusi sambutan positif di pasaran Laos.

BACA >>> MBI X - Skuter Elektrik dari Korea ini Cuba Nasib di Pasaran Vietnam, Harga RM7,100
BACA >>> #BikinMotor: Bobber Kustom Sentuhan Winterless Craft dari Korea Selatan

KENAPA TIDAK POPULAR?

Walaupun produk Hyosung mendapat sambutan baik, kenapa jenama itu masih tidak popular di pasaran dunia? Jawapannya, pendekatan perniagaan syarikat itu ada menjual motosikal dengan nama berbeza mengikut pasaran sesebuah negara. Di Malaysia misalnya, adakah anda masih ingatkan Naza Blade?

Terbaharu, Hyosung dilaporkan mula meneroka pasaran rekreasi, sesuatu yang dianggap menarik kerana pengeluar itu sebelum ini terkenal dalam pengeluaran motosikal bajet untuk pembeli yang mahukan pengangkutan praktikal harian.

Fokus baharu segmen rekreasi menyaksikan banyak perubahan ke atas barisan produk Hyosung. Ada tiga negara mencatatkan jumlah jualan terbanyak 2019, iaitu:

  1. Korea Selatan
  2. China
  3. Laos

Jumlah jualan di tiga pasaran ini ialah 125,000 unit. Malah, Hyosung komiter mahu menjadi antara pemain utama motosikal peringkat global dan kini sedang meluaskan rangkaian pengedaran di semua rantau.

BACA >>> Pengguna Korea Selatan Boikot Kereta Jepun, Jualan Merosot Lebih 50 Peratus

hyosung-gt250-2009
hyosung-gv-250
naza-blade-650-gtr-fi
hyosung-showroom-hydrebad
naza-blade-spesifikasi
hyosung-logo

SUMBER: MotorcyclesData

Artikel Berkaitan

904
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Hyosung, Jenama Motosikal Korea, KR Motors, KR Motors Company Ltd, Motosikal Korea Selatan, Naza Blade, roda2

Comments

  1. Sholeh says

    October 9, 2020 at 10:45 AM

    Bagi saya motorsikal naza adalah masih lagi terbaik dari segi kualiti dan prestasi mahupun ketahanan..Sesuai yang ingin merasai feeling ala superbike tapi tidak mempunyai bajet yang besar. THE GOOD PART OF THIS BIKE IS.. banyak spare part dari suzuki dan motorsikal kapchai lain yang boleh diubah suai dan pnp pada moto ini.. membuatkan ia jauh lebih murah dari segi maintenance dari motorsikal yang lain.. Agak berat dari segi pickup dan low horse power sedikit dari 250 yang lain.. Tetapi resepi long top speed dari suzuki yang diterapkan pada hyosung ataupun aka NAZA BLADE GTR 250 ini pasti akan membuatkan anda tersenyum di lebuh raya.. Lebih2 lagi jikalau sudah diremap ECU ataupun dibuang cut off motor tersebut.. Saya sudah mengunakan motor ini sebanyak 2 kali dan 2 kali saya menjual.. kerana saya perlu mengutamakan perkara yang lain… yelah dah kahwin ni komitmen banyak gaji tak kencang,,, Dan diharapkan Naza akan mengupgradekan lagi motorsikal ini dan mengeluarkan motorsikal terbaru blade ini dimasa yang akan datang…I will defetnitely buy it for the Third time…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my