• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM654.8k!

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM654.8k!

March 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Malaysia melancarkan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) baharu untuk pasaran Malaysia pada harga RM654,800.

Diberi julukan 'The President', BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) tampil dengan mengemas kini bahasa rekabentuk baharu yang mendefinisikan kemewahan berserta pelbagai perkhidmatan digital dan sistem bantuan.

BACA >>> BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Kini di Malaysia! Harga RM708k
BACA >>> BMW Malaysia Lancar Tiga Varian M Sport untuk 320i, 330i dan 330e, Harga Mula RM264k

bmw-x7-xdrive40i-18
bmw-x7-xdrive40i-19

Dalam pakej Pure Excellence, rupa depan SUV dipanggil kenderaan aktif sukan (SAV) baharu ini  diperhalusi dengan set lampu depan LED kembar terpisah dalam dua unit dengan fungsi berbeza, iaitu lampu siang (DRL) dan lampu signal belok di atas.

Apron depan juga direka baharu yang memuatkan gril ginjal (kidney) kembar (double-slat) dan dua elemen krom sebagai frem untuk ambilan udara tengah.

bmw-x7-xdrive40i-20
bmw-x7-xdrive40i-23

Dari sisi dapat dilihat anjur pendek, jarak roda panjang, dan garis landai untuk kesan siluet, yang disempurnakan dengan rel bumbung, garis badan dalam aluminium satin, dan rekaan slik baharu rim aloi ringan.

Rupa belakang menampilkan lampu belakang tiga dimensi (3D) dengan grafik dalaman direka semula, dan lampu undur diposisikan baharu. Ciri baharu lain ialah jalur krom ditutup kaca yang menyambungkan dua lampu belakang untuk efek lebar.

BMW Curved Display menampilkan unit infotainmen 12.3 inci dan paparan kawalan skrin sentuh Control Display resolusi tinggi (HD) 14.9 inci sebagai standard. Panel kluster instrumen lebih rendah yang disepadu kemas dengan ventilator penyaman udara, manakala ventilator udara luar dibingkai dengan elemen krom.

Menaikkan lagi  ciri mewah SAV ini ialah trim kayu halus Lindenwood Fineline, stereng kulit sport dan pelapik bumbung M antrasit Alcantara.

Lampu ambien Ambient Light Strip menyerlahkan lagi tarikan visual dalam ruang kabin. Sebagai standard, lampu ambien itu, yang digandingkan dengan karpet lampu alu Welcome Light Cerpet yang terbentang dalam ruang masuk sebelah kiri dan kanan.

Trim Crafted Clarity dengan elemen buatan tangan daripada kaca kristal menyempurnakan ciri Ambient Light Strip dengan paparan lencana X7 di ruang penumpang.

bmw-x7-xdrive40i-1
bmw-x7-xdrive40i-5

BMW X7 baharu hadir dengan konfigurasi 6-kerusi luas dengan dua kerusi individu di tempat duduk baris kedua untuk ekstra keselesaan. Baridan kerusi terdiri daripada upholsteri Sensafin dengan sulaman dekoratif sebagai standard.

Bumbung kaca panoramik besar memberikan visual  kabin lebih cerah dan luas. Kapasiti muatan menawarkan ruang but hingga 750 liter dengan tempat duduk baris ketiga dilipat.

BMW X7 terbaharu hadir dengan enjin petrol yang dipadankan sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive dan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan. Kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah ini juga menampilkan teknologi hibrid ringan (MHEV) baharu dengan generator pemula 48V.

Enjin hibrid ringan 6-silinder sebaris mampu mencapai kelajuan maksimum 250kmj, dengan kuasa kuda 375hp (280kW) dan tork 540Nm, serta pecutan 0-100kmj sepantas 5.8 saat.

Sistem suspensi mengunakan double-wishbone di depan, dan gandar belakang 5-pautan dengan suspensi udara 2-gandar yang siap dengan kawalan tahap automatik sebagai standard.

BMW X7 baharu di turut dilengkapkan sistem bantuan pemandu moden menyeluruh, iaitu Parking Assistant Professional dan Driving Assistant yang menjadi ciri standard.

Parking Assistant Professional ialah kamera dan sistem bantuan berasaskan ultrabunyi yang digunakan untuk kawalan parkir automatik. Ia turut termasuk ciri Reversing Assistant Professional, yang meliputi kawasan seluas 200 meter.

Driving Assistant pula terdiri daripada ciri seperti Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Ubah Lorong (LCW) dengan intervensi stering aktif, Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan intervensi brek, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Elak Perlanggaran Belakang (RCP) dengan amaran keluar, Info Had Kelajuan (SLI) dan Bantuan Had Kelajuan (SLA) manual.

Warna ditawarkan ialah Sparkling Copper Grey Metallic, Blue Ridge Mountain Metallic, Skyscraper Grey Metallic, Mineral White Metallic, dan Black Sapphire Metallic, manakala upholsteri Sensafin baharu ditawarkan dalam skema warna Sensafin Black dan Sensafin Cognac.

Dengan pelan pembiayaan Straight Line disediakan BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula RM7,581 (anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun).

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) dijual pada harga RM654,800 dengan waranti lanjutan lima tahun dan pakej servis, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans).

BACA >>> BMW R nine T 100 Years (2023), Hanya 10 Unit di Malaysia, Harga RM129,500!
BACA >>> BMW M4 Nyala Lampu Strob dapat Kebenaran Rakam Video, Netizen Tak Percaya

bmw-x7-xdrive40i-3
bmw-x7-xdrive40i-1
bmw-x7-xdrive40i-2
bmw-x7-xdrive40i-4
bmw-x7-xdrive40i-5
bmw-x7-xdrive40i-6
bmw-x7-xdrive40i-7
bmw-x7-xdrive40i-8
bmw-x7-xdrive40i-9
bmw-x7-xdrive40i-10
bmw-x7-xdrive40i-11
bmw-x7-xdrive40i-12
bmw-x7-xdrive40i-13
bmw-x7-xdrive40i-14
bmw-x7-xdrive40i-15
bmw-x7-xdrive40i-16
bmw-x7-xdrive40i-17
bmw-x7-xdrive40i-18
bmw-x7-xdrive40i-19
bmw-x7-xdrive40i-20
bmw-x7-xdrive40i-21
bmw-x7-xdrive40i-22
bmw-x7-xdrive40i-23
bmw-x7-xdrive40i-24
bmw-x7-xdrive40i-25
bmw-x7-xdrive40i-26
bmw-x7-xdrive40i-27
bmw-x7-xdrive40i-28
bmw-x7-xdrive40i-29
bmw-x7-xdrive40i-30
bmw-x7-xdrive40i-31
bmw-x7-xdrive40i-32
bmw-x7-xdrive40i-33
bmw-x7-xdrive40i-34
bmw-x7-xdrive40i-35

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW Malaysia, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023), kenderaan aktiviti sukan (SAV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SAV, SUV, X7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev