• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R nine T 100 Years (2023), Hanya 10 Unit di Malaysia, Harga RM129,500!

BMW R nine T 100 Years (2023), Hanya 10 Unit di Malaysia, Harga RM129,500!

March 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R nineT 100 Years (2023) serba baharu untuk pasaran tempatan.

Model istimewa ini terhad 1,923 unit sahaja seluruh dunia sebagai simbolik kepada tahun kelahiran BMW Motorrad.

Daripada jumlah tersebut, hanya 10 unit disediakan khas untuk pasaran Malaysia.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, BMW R nine T menjadi ikon seni rekabentuk dalam eranya dan mengorak haluan bagi model roadster yang bukan saja menawan, tetapi juga berkuasa tinggi.

Sementara kita meraikan ulang tahun BMW Motorrad ke-100 tahun ini, kami amat teruja mempersembahkan 10 unit BMW R nineT 100 Years yang eksklusif buat komuniti di Malaysia.

“Model ikonik BMW R nine T menjadi model dambaan peminat roadster dan dengan menatap model ini saja pasti dapat membangkitkan perasaan nostalgia dalam hati.”

Bahasa rekabentuk ringkas BMW R nineT 100 Years (2023) menampilkan tangki serba kompak, dan posisi pelana menegak selain pelbagai material berkualiti tinggi dan elemen penggayaan menawan.

Sebagai tribut kepada sejarah dan tradisi BMW Motorrad 100 tahun, yang berkait rapat enjin boxer, edisi roadster klasik eksklusif ini didefinisikan dengan pelbagai ciri dan konsep serba istimewa.

Warna metalik Black Storm pada tangki bersadur krom menjadi ciri khas yang mengambil ilham model BMW R 75/5 yang dikeluarkan pada 1969.

BMW R nineT 100 Years (2023) menghidupkan semula tradisi berusia 100 tahun menerusi gandingan warna dan permukaan krom berasaskan konsep permukaan Classic Chrome. Bukan sekadar cantik dilihat, permukaan krom juga mempunyai ciri ketahanan tinggi yang menawarkan perlindungan terhadap kakisan.

Elemen hitam dan krom pada BMW R nineT 100 Years (2023) mempamerkan teknik padanan sofistikated yang menyerlah dengan jalur kembar putih pada tangki, dan disempurnakan pad grip berserta lencana ‘100 tahun’ pada tangki.

Kemasan krom dan klasik dapat dilihat pada permukaan pelitup pelana belakang, manakala fender depan didatangkan dalam tone hitam dengan jalur kembar putih.

Ciri standard ialah lampu depan LED dengan lampu siang (DRL), indikator dual-laju dan indikator sensor halaju rasional dengan kandungan komputer bersepadu, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Mod Tunggang Rain dan Road, rangkaian pemacu dan pemacu akhir dalam rona hitam, serta suspensi belakang dengan absorber prabeban boleh laras penuh, dan fork terbalik (USD).

Pelbagai ciri ekstensif itu disempurnakan tawaran pakej Aluminium Package dan Aluminium Fuel Tank, serta Comfort Package membabitkan Riding Modes Pro, kawalan luncur dan grip terotel dengan ciri pemanas.

BMW R nine T 100 Years (2023) dilengkapi enjin 4-lejang Boxer kembar 1,170cc penyejukan udara/minyak berjuasa 109hp dan tork 116Nm.

Bagi membekalkan daya cengkaman setara kuasa, BMW R nineT 100 Years (2023) menampilkan brek cakera kembar dengan kaliper 4-piston di hadapan dan brek cakera tunggal dengan kaliper 2-piston jenis apung di belakang.

Bagi aspek keselamatan tinggi, sistem Brek Anti-Kunxi (ABS) terkini BMW Motorrad ABS Pro terkini diberikan sebagai standard.

Harga atas jalan (tanpa insurans) dengan waranti 3 tahun berserta Program Bantuan Jalanan 3 Tahun BMW Motorrad Malaysia adalah pada RM129,500.

BACA >>> Jualan 2021 BMW Motorrad Terbaik dalam Sejarah
BACA >>> #BikinMotor: BMW R nineT Gaya Pesawat Pejuang MiG-17, Sentuhan Mekanik Rusia

01. The New BMW R nineT 100 Years
02. The New BMW R nineT 100 Years
03. The New BMW R nineT 100 Years
04. The New BMW R nineT 100 Years
05. The New BMW R nineT 100 Years
06. The New BMW R nineT 100 Years
07. The New BMW R nineT 100 Years
08. The New BMW R nineT 100 Years
09. The New BMW R nineT 100 Years
10. The New BMW R nineT 100 Years

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW Motorrad Malaysia, BMW R nine T 100 Years (2023), BMW R nineT 100 Years, Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my