• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW M4 Nyala Lampu Strob dapat Kebenaran Rakam Video, Netizen Tak Percaya

BMW M4 Nyala Lampu Strob dapat Kebenaran Rakam Video, Netizen Tak Percaya

February 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH BMW M4 dengan liveri seakan kereta keselamatan dalam aksi MotoGP tular di media sosial apabila dikesan menggunakan lampu strob merah dan biru di satu lebuh raya.

Pemandu BMW M4 itu dirakam beberapa kali menyalakan lampu strob dalam satu perhimpunan kereta dan ketika memandu di lebuh raya.

Malah ada juga klip menunjukkan BMW ini menggunakan bukan satu, tapi dua lampu strob, iaitu di atas bumbung, dan satu lagi atas papan pemuka.

Sementara itu, penganjur acara disertai BMW M4 itu, Duckit Motorsports tampil memohon maaf atas video tular tersebut.

Menurut kenyataan, lampu strob itu hanya dibuka bagi tujuan rakaman video dan sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai acara berkenaan.

Lampu itu tak pernah digunakan untuk meniru kereta pihak berkuasa atau menimbulkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya lain," kata Duckit Motorsports.

Bagaimanapun, kenyataan itu ditempelak netizen yang tidak percaya pihak berkuasa membenarkan penggunaan lampu strob hanya untuk tujuan penggambaran.

Sebagai makluman, penggunaan lampu strob di jalan raya adalah dilarang kerana boleh memberikan amaran salah selain mengganggu penglihatan dan tumpuan pengguna jalan raya lain.

Berdasarkan Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 195, hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti ambulans, bomba, kastam, polis, penjara dan JPJ saja dibenarkan menggunakan lampu strob.

Ini bermakna, pengguna jalan raya yang sengaja menggunakan lampu strob pada kenderaan persendirian boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara enam bulan.

Tidak kisahlah apa sekalipun tujuan anda, penggunaan lampu strob pada kenderaan persendirian adalah diharamkan di jalan raya negara ini.

BACA >>> Menteri: BMW Tidak Boleh Nikmati Subsidi Bahan Api Macam Kancil
BACA >>> JPJ Keluar Lebih 2,000 Notis Saman Salah Guna Lampu Strob, Lampu Mata Arah

Artikel Berkaitan

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW M4, duckit motorsports, JPJ, Lampu Strob, Lebuh Raya, MotoGP, PDRM, perjumpaan kereta, Safety Car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my