KAWASAKI melancarkan semula Z900RS versi import (CBU) untuk pasaran India pada harga 1,647,000 rupee (RM89,640), lebih mahal daripada superbike ZX-10R yang berharga 1,615,000 rupee (RM87,900).
Kawasaki Z900RS (2023) kekal menggunakan enjin 4-silinder sebaris 948cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang diambil daripada Z900, tetapi ditala semula pada kuasa 111hp @ 8,500rpm dan tork 98.5Nm @ 6,500rpm.
BACA >>> SAH! Kawasaki Versys X250 Tourer Versi CKD Masuk Malaysia Tahun Depan (2023)
BACA >>> Kawasaki Z650RS (2023) Jepun Dapat Warna Baharu Lebih Klasik, Harga RM33k
Berbanding Z900, kuasa puncak menurun 14hp, tetapi tork kekal sama yang dihantar 1,200rpm lebih awal dalam rev putaran.
Walaupun Kawasaki Z900RS (2023) menggunakan casis sama seperti Z900, subfrem diperbaharui supaya dapat memuatkan pelana klasik jenis sekeping (one-piece).
Kapasiti bahan api 17 liter. Sistem brek menggunakan cakera kembar 300mm di depan, dan cakera tunggal 250mm di belakang yang juga dipinjamkan daripada Z900, serta dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai standard.
Kawasaki Z900RS (2023) menggunakan panel meter analog-digital yang menggantikan panel meter TFT warna penuh pada Z900 supaya sesuai tema neo-retro.
Walaupun menampilkan gaya retro, ada beberapa ciri moden seperti lampu LED penuh, klac antigelincir (slipper clutch) dan sistem kawalan traksi (TCS).
Model ini ditawarkan dalam dua warna, Metallic Diablo Black/Metallic Imperial Red (merah) dan Candy Tone Blue (biru).
BACA >>> Kawasaki Umum Z900, Z650 Sempena Aniversari Siri Z ke-50, Harga Mula RM39k!
BACA >>> Kawasaki Sedia Lancar 3 Model Baharu di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS)
SUMBER: AutocarIndia
Leave a Reply