• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Z900RS (2023) Lancar di India, Harga RM89.6k!

Kawasaki Z900RS (2023) Lancar di India, Harga RM89.6k!

March 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI melancarkan semula Z900RS versi import (CBU) untuk pasaran India pada harga 1,647,000 rupee (RM89,640), lebih mahal daripada superbike ZX-10R yang berharga 1,615,000 rupee (RM87,900).

Kawasaki Z900RS (2023) kekal menggunakan enjin 4-silinder sebaris 948cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang diambil daripada Z900, tetapi ditala semula pada kuasa 111hp @ 8,500rpm dan tork 98.5Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> SAH! Kawasaki Versys X250 Tourer Versi CKD Masuk Malaysia Tahun Depan (2023)
BACA >>> Kawasaki Z650RS (2023) Jepun Dapat Warna Baharu Lebih Klasik, Harga RM33k

Berbanding Z900, kuasa puncak menurun 14hp, tetapi tork kekal sama yang dihantar 1,200rpm lebih awal dalam rev putaran.

Walaupun Kawasaki Z900RS (2023) menggunakan casis sama seperti Z900, subfrem diperbaharui supaya dapat memuatkan pelana klasik jenis sekeping (one-piece).

Kapasiti bahan api 17 liter. Sistem brek menggunakan cakera kembar 300mm di depan, dan cakera tunggal 250mm di belakang  yang juga dipinjamkan daripada Z900, serta dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai standard.

Kawasaki Z900RS (2023) menggunakan panel meter analog-digital yang menggantikan panel meter TFT warna penuh pada Z900 supaya sesuai tema neo-retro.

Walaupun menampilkan gaya retro, ada beberapa ciri moden seperti lampu LED penuh, klac antigelincir (slipper clutch) dan sistem kawalan traksi (TCS).

Model ini ditawarkan dalam dua warna, Metallic Diablo Black/Metallic Imperial Red (merah) dan Candy Tone Blue (biru).

BACA >>> Kawasaki Umum Z900, Z650 Sempena Aniversari Siri Z ke-50, Harga Mula RM39k!
BACA >>> Kawasaki Sedia Lancar 3 Model Baharu di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS)

2023 Kawasaki Z900RS-1
2023 Kawasaki Z900RS-2
2023 Kawasaki Z900RS-3
KAwasaki Z900
kawasaki Z900RS 2023-
Kawasaki Z900RS 2023-1
Kawasaki Z900RS 2023-2
Z900-Exaust
Z900-LED-Lights
Z900-RS-instumental-console
Z900-Spoke-Wheeles
Z900-Tank
Z900RS-engine

SUMBER: AutocarIndia

Artikel Berkaitan

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023, Auto Terkini, India, Kawasaki Z900RS, neo retro, roda2, z900

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
    Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
  • Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
    Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
  • Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit
    Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my