MODEL kereta popular di pasaran ada nama panggilan tersendiri. Misalnya model lama Volvo dikenali sebagai The Brick dan The Flying Brick dek kerana rekabentuk, ketahanan dan prestasi di jalanan.
Gaya berkotak sinonim dengan Volvo dan versi moden dapat dilihat pada model baharu EX90 yang diperkenalkan pada November 2022.
BACA >>> Kia EV6 GT Line versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM300k!
BACA >>> Kia Sorento (2023) Versi CKD Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM211k!
Melihat Kia EV9 (2023) yang baru diperkenalkan, rekabentuk berkotak nampaknya ada keunikan dan tarikan tersendiri. Model itu nampak begitu premium dan berjaya melonjakkan Kia sebaris jenama mewah lain.
Menariknya, Kia EV9 (2023) menggunakan trenkuasa elektrik yang mana rekabentuk begini mampu menarik pengguna untuk beralih dari kenderaan enjin pembakaran dalaman kepada kenderaan elektrik (EV).
'Opposites United'
Kia hari ini berpegang pada falsafah rekabentuk 'Opposites United' dan Kia EV9 (2023) direka berasaskan tema 'Bold for Nature'. Walaupun model baharu, EV9 sedikit sebanyak membawa pengaruh berkotak yan ada pada kenderaan utiliti sukan (SUV), Kia Telluride.
Rekabentuk berkotak bukan baru buat Kia yang boleh dilihat pada generasi terbaru Sorento dan sebelumnya.
Bahagian depan Kia EV9 (2023) tampil unik dengan rekaan gril Digital Pattern Lighting Grill dan lampu depan vertikal.
Elemen harimau yang dipegang sejak sekian lama diteruskan melalui Digital Tiger Face, manakala lampu siang (DRL) LED Star Map tampak menyerikan lagi gaya futuristik model ini.
Bahagian sisi Kia EV9 (2023) tidak kosong. Pasukan pereka Kia memilih gaya poligon dan bersegi. Kebiasaannya pereka akan menghasilkan permukaan beralun, tetapi Kia mengambil jalan berbeza dengan memperkenalkan hendal pintu rata (flush) yang menambahkan lagi kekemasan permukaan badan.
Rupa belakang dibiarkan bersahaja tanpa garis agresif atau palang krom melintang. Komponen menarik perhatian ialah lampu belakang bentuk langsing.
Tiga Baris Tempat Duduk
Ruang kabin Kia EV9 (2023) meneruskan falsafah 'Opposites United' dengan tema 'Technology for Life'. Rekabentuk papan pemuka dibikin kemas dengan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci menempatkan pelbagai kawalan kenderaan.
Konsol tengah menawarkan praktikaliti dengan bahagian bawah disediakan ruang luas untuk simpanan barang.
Antara ciri menarik Kia EV9 (2023) ialah kerusi baris kedua boleh dipusing 180º menghadap penumpang baris ketiga. Posisi begitu mengingatkan kepada Naza Ria yang dijenamakan semula daripada Kia Carnival.
Selain 6-kerusi, Kia EV9 (2023) turut ditawarkan dalam varian 7-kerusi.
Electric Global Modular Platform (E-GMP)
Kia EV9 (2023) dibangunkan daripada Platform Modular Global-Elektrik (E-GMP) yang dikhaskan untuk produk EV Kia. Ini juga model elektrik terbaru Kia selepas Niro EV dan EV6.
Kia EV6 (2023) sudah pun dijual di pasaran tempatan pada harga kira-kira RM300,000. Kemungkinan juga, EV9 akan ditawarkan di pasaran tempatan.
BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran
Leave a Reply