• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ParkIt: Aplikasi Pas Parkir Kereta Bermusim di Pusat Beli Belah Sunway

ParkIt: Aplikasi Pas Parkir Kereta Bermusim di Pusat Beli Belah Sunway

February 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

APLIKASI tempat letak kereta pintar tempatan, ParkIt kini boleh digunakan di pusat beli belah milik Sunway (Sunway Malls).

ParkIt ini ialah aplikasi untuk pemandu mendapatkan pas parkir kereta bermusim di kawasan tidak digunakan di seluruh Lembah Klang seperti Sunway Pyramid, Sunway Carnival Mall, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall dan Sunway Giza Mall.

Dengan pas musim ini, pemandu tidak perlu risau lagi mencari parkir kereta, terutama waktu sibuk atau puncak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan berkata, ParkIt sesuai kepada pemandu di sekitar kawasan pusat membeli-belah Sunway, sering membeli-belah atau hanya mahukan tawaran terbaik.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2023/02/Sunway-Malls-How-to-Video.mp4

Tambahnya, kerjasama ini adalah langkah ParkIt menambah baik cara pengguna mendekati pusat beli-belah, dan merasai pengalaman membeli-belah seluruh Malaysia.

ParkIt turut menawarkan urusan pendaftaran, pengurusan dan penamatan sesuatu tempahan parkir kereta yang mudah tanpa membazir masa.

Kaedah pembayaran digunakan ParkIt adalah tanpa tunai, iaitu secara auto-debit menggunakan kad debit atau kad kredit.

Kerjasama Sunway dan ParkIt juga menyaksikan pengguna berdaftar berpeluang menerima ganjaran seperti baucar beli-belah dan makanan yang boleh ditebus di pusat beli-belah Sunway.

BACA >>> Polis Minta Pengguna Kenderaan Parkir Elok-Elok, Jangan Pentingkan Diri
BACA >>> Sunway Lancar SPS, Sistem Parkir Pintar Guna e-Dompet, Tanpa Bayaran Tunai

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi, parkit, Pas Parkir Kereta, Pusat Beli-Belah, Sunway, Sunway Giza, Sunway malls, Sunway Putra Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, tempat letak kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my