• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Presiden Indonesia Minta Toyota Terus Kekalkan Penggunaan Nama Kijang

Presiden Indonesia Minta Toyota Terus Kekalkan Penggunaan Nama Kijang

February 22, 2023 By Shawkath Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meminta Toyota Indonesia untuk mengekalkan nama Kijang untuk salah satu produk keluaran pengeluar automotif itu.

Ini disebabkan nama Kijang sebenarnya mendokong suatu maksud istimewa yang menggambarkan kerjasama negara republik itu dengan Toyota.

BACA >>> Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?
BACA >>> Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

Permintaan itu disampaikan Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita pada majlis perasmian aktiviti eksport pertama model generasi baharu Kijang Innova Zenix Hybrid versi pembuatan tempatan (CKD).

Agus berkata:

Beliau memberitahu kami dan Toyota bahawa nama Kijang seharusnya sentiasa wujud tidak kira apa jua inovasi yang berlaku. Itu adalah pesanan beliau."

Agus juga menjelaskan Jokowi pernah melihat ruang dalaman Kijang Innova Zenix Hybrid dan menunjukkan rasa minat terhadap kenderaan tersebut.

Mengikut laporan, Kijang ialah kenderaan keluarga di Indonesia dan nama itu ialah singkatan kerjasama Indonesia-Toyota atau lebih tepat, Kerjasama Indonesia-Jepang.

BACA >>> Indonesia Perkenal Toyota Agya (2023) Serba Baharu dengan Varian GR Sport!

Eksport Toyota Kijang
Eksport Toyota Kijang - 1

Nama Kijang digunakan sejak tahun 1977 untuk model kenderaan CKD di Indonesia dan dijual pada harga mampu milik supaya penduduk tempatan mampu memilikinya.

Sehingga kini, nama Kijang masih digunakan Toyota di Indonesia dan terbaharu, pengeluar itu melancarkan model generasi ketujuh Kijang Innova Zenix pada November lalu.

Agus menambah:

Ini ialah suatu produk yang Presiden (Jokowi) suka. Presiden pernah duduk di dalam kenderaan itu dan beliau amat berminat. Apapun inovasinya produk kenderaan ini, nama Kijang harus tetap ada. Saya tidak merasakan pihak Toyota akan bantah."

Indonesia memulakan eksport Kijang Innova Zenix ke beberapa negara di rantau Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.

BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k
BACA >>> Daihatsu Ayla (2023) Lancar di Indonesia dengan Dua Pilihan Enjin, Harga Masih Misteri
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!

Kijang Generasi Pertama
Kijang Generasi Pertama
Kijang Generasi Kedua
Kijang Generasi Kedua
Kijang Generasi Ketiga
Kijang Generasi Ketiga
Kijang Generasi Keempat
Kijang Generasi Keempat
Kijang Generasi Kelima
Kijang Generasi Kelima
Kijang Generasi Keenam
Kijang Generasi Keenam
Kijang Generasi Ketujuh
Kijang Generasi Ketujuh

SUMBER: Kompas

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agus Gumiwang Kartasasmita, autoterkini, Joko Widodo (Jokowi), Kerjasama Indonesia-Jepang, Roda4, Toyota Indonesia, Toyota Kijang, Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev