PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meminta Toyota Indonesia untuk mengekalkan nama Kijang untuk salah satu produk keluaran pengeluar automotif itu.
Ini disebabkan nama Kijang sebenarnya mendokong suatu maksud istimewa yang menggambarkan kerjasama negara republik itu dengan Toyota.
BACA >>> Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?
BACA >>> Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
Permintaan itu disampaikan Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita pada majlis perasmian aktiviti eksport pertama model generasi baharu Kijang Innova Zenix Hybrid versi pembuatan tempatan (CKD).
Agus berkata:
Beliau memberitahu kami dan Toyota bahawa nama Kijang seharusnya sentiasa wujud tidak kira apa jua inovasi yang berlaku. Itu adalah pesanan beliau."
Agus juga menjelaskan Jokowi pernah melihat ruang dalaman Kijang Innova Zenix Hybrid dan menunjukkan rasa minat terhadap kenderaan tersebut.
Mengikut laporan, Kijang ialah kenderaan keluarga di Indonesia dan nama itu ialah singkatan kerjasama Indonesia-Toyota atau lebih tepat, Kerjasama Indonesia-Jepang.
BACA >>> Indonesia Perkenal Toyota Agya (2023) Serba Baharu dengan Varian GR Sport!
Nama Kijang digunakan sejak tahun 1977 untuk model kenderaan CKD di Indonesia dan dijual pada harga mampu milik supaya penduduk tempatan mampu memilikinya.
Sehingga kini, nama Kijang masih digunakan Toyota di Indonesia dan terbaharu, pengeluar itu melancarkan model generasi ketujuh Kijang Innova Zenix pada November lalu.
Agus menambah:
Ini ialah suatu produk yang Presiden (Jokowi) suka. Presiden pernah duduk di dalam kenderaan itu dan beliau amat berminat. Apapun inovasinya produk kenderaan ini, nama Kijang harus tetap ada. Saya tidak merasakan pihak Toyota akan bantah."
Indonesia memulakan eksport Kijang Innova Zenix ke beberapa negara di rantau Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.
BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k
BACA >>> Daihatsu Ayla (2023) Lancar di Indonesia dengan Dua Pilihan Enjin, Harga Masih Misteri
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!
SUMBER: Kompas
Leave a Reply