• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Corolla Commercial (2023) - Model Wagon Jadi Van Perdagangan, Harga RM130k!

Toyota Corolla Commercial (2023) - Model Wagon Jadi Van Perdagangan, Harga RM130k!

March 13, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Corolla di pasaran sekarang menarik hati dengan pelbagai gaya badan. Kini ada model sedan dan hatchback di pasaran tempatan selepas GR Corolla diperkenalkan.

Sebelum itu, pengimport bebas sudah membawa masuk unit wagon rekon, Corolla Touring (wagon) dari Jepun.

BACA >>> #Perbandingan: Bab Jimat, Honda Civic Tewas kepada Toyota Corolla di Amerika
BACA >>> Toyota GR Corolla Morizo Edition - Model Edisi Terhad Tanpa Kerusi Belakang yang Buas!

Rupanya Toyota Corolla Touring mempunyai kegunaan tambahan di Britain menerusi model dikenali sebagai Toyota Corolla Commercial (2023).

Model ini bertambah menarik apabila menggunakan teknologi hibrid generasi kelima Toyota yang baru saja diperkenal. Pengubahsuaian Toyota Corolla Touring Sports kepada Toyota Corolla Commercial (2023) melibatkan pemasangan pelapik getah, gril pemisah kargo saiz penuh, lampu dalaman dan outlet kuasa 12V.

Semua kerja tersebut dilakukan Toyota Motor Manufacturing UK di Pusat Perolehan Perniagaan di Kilang Burnaston yang terletak di Derbyshire.

Dari segi praktikaliti, Toyota Corolla Commercial (2023) mempunyai ruang muatan 1,326 liter yang boleh membawa muatan 425kg dan beban menunda hingga 750kg.

Mengenai teknologi hibrid kelima Toyota, pembaharuan dibuat menjadikan komponen lebih ringan dan kompak. Unit kawalan kuasa (PCU) baharu membantu mengurangkan tahap kehilangan elektrikal dalam sistem (-14 peratus) dan mengekalkan kecekapan bahan api.

Unit itu mempunyai sistem penyejukan dua bahagian (double sided) baharu dan berfungsi pada frekuensi lebih tinggi dan mengurangkan tahap bunyi.

PCU dipasang atas transgandar (transaxle) baharu dengan motor generator output tinggi saiz kompak dan bahagian dalaman baharu untuk mempertingkat penggunaan minyak dan prestasi dinamik.

Kaedah baharu pintalan gegelung pemegun (stator coil) membantu mengecilkan saiz motor. Set transgandar 15 peratus lebih ringan berbanding sebelum ini dicapai menerusi penggunaan bahan baharu dengan penutup 20 peratus lebih ringan.

Toyota turut menggunakan pelincir dengan kelikatan rendah bagi mengurangkan geseran dalaman dan meningkatkan kecekapan keseluruhan. Lagi ciri baharu ialah gear lebih kecil dengan gigi roda dibentuk semula.

Selain komponen dinyatakan, bateri litium-ion juga lebih ringan dan kecil, tetapi memberikan output lebih tinggi. Berbanding sebelum ini, berat bateri baharu kini 14 peratus lebih ringan, manakala output kuasa meningkat 14 peratus.

Toyota juga mengoptimum laluan penyejukan bateri bagi mencegah kemerosotan yang berpunca daripada turun dan naik suhu selain memelihara hayat bateri.

Dari segi keselamatan, Toyota Corolla Commercial (2023) dilengkapi pakej terkini teknologi keselamatan dan bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS). Di Britain, model unik ini dijual pada harga £24,503 (RM130,620), tidak termasuk cukai.

BACA >>> Toyota Corolla Hatchback Sudah Masuk Australia, Harga Mula RM86.4k
BACA >>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Corolla Commercial, Toyota Corolla Touring Sports, Toyota UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my