• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Perbandingan: Bab Jimat, Honda Civic Tewas kepada Toyota Corolla di Amerika

#Perbandingan: Bab Jimat, Honda Civic Tewas kepada Toyota Corolla di Amerika

December 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Corolla dan Honda Civic sinonim sebagai dua model yang saling bersaing rapat dengan memiliki kelompok  peminat tersendiri serata dunia, tidak terkecuali Malaysia.

Honda Civic (2023) didatangkan dengan pelbagai ciri menarik, tetapi di Amerika Syarikat (AS), Toyota Corolla (2023) ada satu kelebihan utama yang tiada pada Civic, iaitu enjin hibrid cekap tenaga.

BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!
BACA >>> Toyota Hentikan Pengeluaran Prius C untuk Beri Laluan Kepada Corolla Hybrid

Maknanya, jika mementingkan aspek penjimatan bahan api, Toyota Corolla (2023) adalah pilihan terbaik.

Mengimbau situasi awal 2022, harga bahan api tidaklah begitu mahal di AS, tetapi itulah kos terbesar dalam pemilikan kereta. Juster kereta cekap tenaga seperti Toyota Corolla Hybrid sudah tentu membantu pemiliknya mendapat manfaat penjimatan dalam jangka masa lama.

Walaupun ada Honda Civic Hybrid di pasaran global, tetapi varian itu tidak dijual di AS. Khabarnya, Honda bercadang memperkenalkan semula model hibrid ke AS pada masa akan datang. Bagaimanapun, bagi model 2023, Honda Civic hanya dijual dalam varian petrol.

Trenkuasa hibrid Toyota Corolla Hybrid menggunakan gabungan enjin petrol 4-silinder 1.8L dan dua motor elektrik dengan kadar penggunaan bahan api:

  • 22.5km per liter (bandar)
  • 19.5km per liter (lebuh raya)

Kecekapan penggunaan bahan api itu turut dibantu sistem brek regeneratif yang membantu menjana semula tenaga menerusi geseran ketika membrek dan disalurkan ke bateri. Tambahan lain ialah mod pemanduan Eco.

Sebagai perbandingan, anggaraan penggunaan petrol Honda Civic (2023) ialah:

  • 14km per liter (bandar)
  • 17.8km per liter (lebuh raya)

Jika dibandingkan Toyota Corolla versi petrol, kadar Honda Civic tidaklah jauh berbeza, tetapi jauh ketinggalan berbanding varian hibrid, terutama pemanduan bandar. Faktor kecekapan bahan api membolehkan Toyota Corolla Hybrid dipandu lebih jauh berbanding Honda Civic dengan mengurangkan kekerapan berhenti di stesen minyak.

Lagi, Toyota Corolla (2023) ditawarkan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) dan pacuan roda depan (FWD), sebaliknya Honda cuma ada versi FWD untuk semua model Civic di AS.

BACA >>> Toyota Aqua GR Sport (2023) Diperkenal di Jepun, Model Hibrid dengan Gaya Sporty!
BACA >>> Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?
BACA >>> #Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)

SUMBER: MotorBiscuit

Artikel Berkaitan

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda Civic, perbandingan, Roda4, sistem hibrid toyota, Toyota Corolla, Toyota Corolla Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
    DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my