• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Vision Study Model, Bayangan MX-5 Elektrik Baharu?

Mazda Vision Study Model, Bayangan MX-5 Elektrik Baharu?

March 7, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MAZDA MX-5 ND (generasi keempat) dikeluarkan sejak 2015 dan masih ditawarkan hingga kini, termasuk di pasaran tempatan.

Bagi sebuah kereta sport, kitaran produk lama adalah perkara biasa. Namun, Mazda sudah beberapa kali menambah baik MX-5, termasuk memperkenalkan Kawalan Postur Kinetik (KPC) pada model 2022.

BACA >>> Mazda6 20th Anniversary Edition (2023) Tampil Elegan dengan Warna Merah Spesial!
BACA >>> Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1

Pada November 2022 dalam majlis pembentangan semakan rancangan jangka sederhana, Mazda mengakhiri sesi itu dengan mempamerkan satu kereta sport dengan nama, Vision Study Model.

Model itu disusun selepas beberapa babak Mazda MX-5 yang menimbulkan persoalan, adakah Mazda Vision Study Model adalah bayangan kepada MX-5 baharu?

Dengan trend elektrifikasi masa kini, mungkinkah Mazda MX-5 baharu menggunakan teknologi hibrid atau 100 peratus elektrik?

Berdasarkan produk dan teknologi elektrifikasi Mazda, tidak mustahil MX-5 baharu menggunakan trenkuasa tersebut. Sebagai contoh, Mazda MX-30 dipacu kuasa bateri dengan mengembalikan semula teknologi rotari menerusi Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV yang diperkenalkan pada Januari lalu.

Bagi model hibrid plug-in (PHEV) itu, enjin rotari bertindak sebagai generator penghasil tenaga untuk motor elektrik yang menggerakkan roda.

Faedahnya, Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV boleh dipandu seperti kereta biasa tanpa perlu risaukan masalah jarak pemanduan (range anxiety). Ini bermakna Mazda sudah mempunyai teknologi elektrifikasi dan cuma tinggal hendak disesuaikan pada MX-5.

Seperkara lagi, teknologi elektrifikasi tidak semudah 'plug and play' . Ini kerana pula MazdaMX-5 mempunyai karakter pengendalian tersendiri. Cabaran terbesar terletak pada berat pakej elektrifikasi dan pengendalian.

Selain itu, pakej elektrik Mazda MX-30 hanya boleh dipandu sejauh 199km dan Mazda ada alasan tersendiri.

Penulis berpendapat, ciri tersebut bukan masalah kerana kereta sport seperti MX-5 biasanya dipandu untuk keseronokan dan bukan mengembara jauh. Kereta sport juga tidak dijadikan pengangkutan utama buat pemiliknya.

Kebanyakan kereta sport elektrik di pasaran sekarang berada dalam kategori premium, seperti Porsche Taycan, Audi RS E-Tron GT dan BMW i4. Ruang yang ada memberikan kelebihan kepada mana-mana pengeluar jika berjaya membawa kereta sport pada harga munasabah ke pasaran.

Selepas pembentangan November lalu, Mazda belum lagi memberi maklumat lanjut mengenai Mazda Vision Study Model.

BACA >>> Baru Diperkenal di Jepun, Mazda2 (2023) Menyusul pula di UK, Harga Mula RM94.5k
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Mazda Vision Study Model
Mazda MX-5 (2022)
Mazda MX-30
MAZDA MX-30 100th Aniversary Model (Japanese Specification)

MX-30 e-Skyactiv R-EV

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kereta Sport, mazda, Mazda Vision Study Model, Roda4, Vision Study Model

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my