CFMOTO bakal melancarkan sportbike 450SR versi dipertingkat (facelift) tahun ini yang dikhabarkan menggunakan swingarm sebelah dan menerima ciri elektronik dinaik taraf.
Varian itu mungkin dipanggil CFMoto 450SR-S dengan abjad terakhir menandakan peningkatan spesifikasi, dan juga dipercayai memiliki persamaan mirip model konsep SR-C21.
BACA >>> CFMoto 450SR (2023) Bakal Masuk Pasaran Australia April Ini, Harga RM24k!
BACA >>> CFMoto 450SR (2022) Masuk Pasaran China, Harga RM20.8k!
CFMoto 450SR-S akan ditawarkan bersama sportbike standard 450SR yang diperkenalkan April tahun lalu. CFMoto 450SR juga ke pasaran Britain tidak lama lagi dengan tugas pengedaran digalas KTM.
Varian CFMoto 450SR-S dijangka ditawarkan sebagai model 2024 dengan beberapa maklumat dibocorkan.
Antaranya, rekabentuk sportbike ini mirip model konsep SR-C21 (foto atas) dan bakal dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 449.9cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º.
Skema warna merah-hitam juga seperti model konsep SR-C21, tetapi komponen 'gentian karbon' seperti winglet yang ada pada model pengeluaran sedia ada cuma balutan pelekat efek, dan bukannya material sebenar.
CFMoto 450SR-S juga menggunakan sistem brek Bosch 10.3 ABS dan bukan Bosch 9.1 ABS seperti 450SR yang berkemungkinan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci Belok (ABS Cornering).
Bagaimanapun, model baharu ini lebih berat 1kg, iaitu 169kg berbanding berat 450SR (168kg) disebabkan faktor swingarm sebelah.
BACA >>> Ducati Bangunkan Enjin 450cc, Bakal Sertai Motocross Dunia?
BACA >>> Husqvarna, Google dan Unreal Engine Jalin Kerjasama Hasilkan Kustom untuk FC 450
BACA >>> 7 Fakta Pantas | Husqvarna FS 450 (2019), Supermoto Kemas Kini yang Semakin Baik
BACA >>> QJ Motor SRK 400 Kini di Eropah, Bakal Cabar KTM 390 Duke, Kawasaki Z400
CFMOTO SR-C21
SUMBER: BikeSocial
Leave a Reply