• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 450SR (2022) Buka Tempahan di China, Harga RM21k!

CFMoto 450SR (2022) Buka Tempahan di China, Harga RM21k!

April 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CFMoto membuka tempahan 450SR (2022) yang dijangka memberi saingan sengit dalam segmen sportbike sesaran kecil, tetapi dikhabarkan menawarkan kuasa seperti jentera 500cc dengan berat sportbike 250cc.

Selain faktor berat-kuasa, model baharu itu juga nampak lebih agresif dalam gaya lumba yang selangkah di depan rekabentuk pesaing lain.

BACA >>> CFMoto 450SR Mirip Model Konsep SR-C21 Didedahkan, Kuasa 49.6hp, Tork 39Nm
BACA >>> CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

Pengeluar dari China itu memperkenalkan model konsep SR-C21 pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 sebelum meneruskan kempen promosi secara konsisten membabitkan pengeluaran 450SR sejak Januari dan Mac lalu.

450SR (2022) ialah sportbike jalanan umum, manakala SR-C21 pula jentera konsep yang ditanggalkan cermin sisi dan sistem lampu untuk aksi trek.

Apabila CFMoto mengetengahkan model konsep itu di Pameran Motosikal Milan (EICMA), ramai pengunjung terpegun melihat produk buatan China itu yang dilengkapi komponen premium seperti suspensi Öhlins, kaliper brek Brembo, swingarm sebelah, ekzos SC-Project dan kowl cakera brek depan.

Berbeza 450SR (2022), model pengeluaran itu menggunakan swingarm kembar, sistem suspensi mesra bajet dan kaliper brek Brembo yang lebih murah, manakala ekzos bukan lagi jenama SC-Project. CFMoto dikatakan mengekalkan trenkuasa sedia ada, iaitu enjin dwi-silinder sebaris 449cc penyejukan cecair berkuasa 50hp dan tork 39.2Nm.

Winglet gaya MotoGP dikekalkan yang menurut CFMoto membantu menghasilkan daya mendap (downforce) hampir 2kg dalam halaju 120kmj. Malangnya, tempahan 450SR (2022) ini hanya dibuka untuk pasaran China pada harga jualan asas 31,980 yuan (RM21,350).

BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?
BACA >>> Elak Bayar Tol Bakal Jadi Kesalahan Jenayah Tidak Lama Lagi
BACA >>> WorldSBK 2022: Honda CBR1000RR-R (2022) Akan Guna Suspensi, Brek Jenama Jepun?

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cfmoto, CFMoto 450SR, CFMoto 450SR (2022), CFMoto SR450 (2022), roda2, sportbike, Supersport China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my