• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMoto 450SR Mirip Model Konsep SR-C21 Didedahkan, Kuasa 49.6hp, Tork 39Nm

CFMoto 450SR Mirip Model Konsep SR-C21 Didedahkan, Kuasa 49.6hp, Tork 39Nm

March 29, 2022 By Wahid Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA mungkin masih ingat model konsep CFMoto SR-C21 yang dipamerkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu dengan rekabentuk agresif dan inovatif yang mendapat pujian  ramai.

Akhirnya, pengeluar motosikal dari China itu mendedahkan sportbike 450SR yang mirip SR-C1 di laman Facebook.

BACA >>> CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

Paparan dalam Facebook itu disertakan bersama kapsyen;

Power is as strong as a 500cc. Weight is as light as a 250cc.' (Kuasa sekuat 500cc. Ringan seperti 250cc).

Kuasa enjin juga didedahkan, iaitu tork setinggi 39Nm dan kuasa 37kW (49.6hp), menyamai prestasi enjin Kawasaki Ninja 400, atau sama seperti Honda CBR500R.

450SR dijana enjin 2-silinder sebaris 449cc, juga sama seperti model Kawasaki dan Honda yang disebutkan tadi. Kelajuan maksimum pula dihadkan pada 190kmj di Amerika Syarikat (AS). Malaysia mungkin mendapat kelajuan maksimum yang lebih tinggi memandangkan ramai peminat motosikal tempatan begitu taksub dengan top speed.

BACA >>> Kawasaki Dedahkan Prototaip Hibrid Guna Frem Ninja 400
BACA >>> Kawasaki Ninja 650 (2022) Warna Albino Lancar di Amerika, Harga Mula RM31.8k!

Selain itu, model ini dipasangkan brek cakera tunggal di depan yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch 9.1. Suspensi belakang menggunakan monoshock yang dipautkan pada swingarm.

Dua ciri itu berbeza daripada model konsep SR-C21 yang menggunakan brek dwi-cakera di depan dan swingarm sebelah. Suspensi model konsep juga menggunakan produk buatan Öhlins.

Apapun, rekabentuk 450SR mengambil gaya model konsep tersebut dengan agak teliti dengan lampu siang (DRL) LED direka agresif. Komponen winglet yang ada model konsep SR-C21 juga terdapat pada 450SR. Model baharu ini dijangka dilancarkan di China terlebih dahulu sebelum menjengah pasaran negara lain.

BACA >>> CFMoto 700CL-X Sport (2022) Kini di UK, Harga RM39k
BACA >>> Roadster Ranggi - CFMoto 700CL-X Heritage Kini di Malaysia! Harga RM28.8k

Artikel Berkaitan

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, cfmoto, CFMoto 450SR, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my