DALAM segmen tertentu di pasaran tempatan hari ini, jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) lebih mudah berbanding sedan.
Impak sambutan SUV boleh dilihat pada model pemasangan tempatan (CKD) seperti Mazda CX-5, CX-8 dan terbaharu CX-30. Ketiga-tiga model itu ditawarkan pada harga menarik.
BACA >>> Mazda CX-60 (2022) Lancar di UK dengan Pacuan Roda Belakang, Harga Mula RM241k
BACA >>> #PanduUji: Mazda6 SkyActiv-D (2017) - Sedan Diesel Serba Ekonomi, Selesa dan Berkuasa
SUV tersebut juga mudah ditemui atas jalan, dan mujurlah ada Mazda3 yang mewakili segmen sedan Mazda berjaya dengan mengekalkan populariti sejak dulu.
Menjenguk laman web, Mazda Malaysia masih lengkap menyenaraikan sedan seperti Mazda2, Mazda3 dan Mazda6. Perkembangan terakhir Mazda6 di pasaran tempatan adalah pada April 2021 dengan spesifikasi dipertingkat.
Sedan generasi ketiga itu sudah berada di pasaran tempatan sejak 2013 dan melalui beberapa peningkatan luaran dan dalaman. Terbaharu di Jepun, Mazda memperkenalkan Mazda6 20th Anniversary (2023) sempena ulang tahun ke-20 Atenza atau Mazda6 generasi pertama.
Ciri istimewa ialah warna Artisan Red Premium Metallic yang nampak elegan dan lebih gelap berbanding Soul Red Crystal. Satu lagi warna ialah Rhodium White Premium Metallic.
Lagi ciri khas ialah lencana 20th Anniversary yang tertera pada fender, gril depan perak dan rim aluminium 19 inci.
Ruang dalaman menggunakan tema perang (tan) dengan balutan kulit Nappa dan fabrik Leganu, manakala penyandar kepala tampil eksklusif dengan logo 20th Anniversary.
Mazda turut menawarkan bumbung suria sebagai pilihan pembelian.
Menggerakkan Mazda6 20th Anniversary Edition (2023) ialah enjin SkyActiv-D 2.2L turbo diesel berkuasa 200hp dan tork 420Nm, serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.
Selain 20th Anniversary Edition, Mazda turut memperkenalkan Mazda6 Sports Appearance (2023) (foto atas kiri), dan Mazda6 L Package (2023).
Varian Sports Appearance adalah lanjutan kepada Black Tone Edition sebelum ini dengan tambahan komponen luar dalam hitam. L Package pula menerima warna baharu dengan tawaran kulit Nappa hitam.
Di Jepun, Mazda6 ditawarkan pada harga bermula 2,962,300 yen (RM97,330) hingga 4,739,900 yen (RM155,740). Selain Jepun, Mazda6 20th Anniversary Edition boleh dimiliki pengguna di Australia dan Indonesia.
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm
BACA >>> Mazda Carol (2022), Kembar Suzuki Alto dengan Harga Mula RM36.3k Sahaja!
Mazda6 20th Anniversary Edition (2023)
Mazda6 Sports Appearance (2023)
Mazda6 L Package (2023)
Leave a Reply