• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Terakhir Guna Enjin V12 Diperkenal Sebelum Menuju Hibrid

Lamborghini Terakhir Guna Enjin V12 Diperkenal Sebelum Menuju Hibrid

February 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SYARIKAT kereta super Itali, Lamborghini memperkenalkan dua kenderaan terakhirnya dengan enjin V12 tanpa kuasa hibrid iaitu Invencible coupe dan Autentica convertible. 

Dibangunkan berdasarkan Aventador, Invencible dan Autentica adalah perkataan bahasa Itali yang bermaksud Invincible dan Authentic dan keduanya bakal dihadkan kepada hanya satu contoh setiap satu bagi memberikan penghormatan terakhir untuk enjin ikonik 6.5 liter V12 Lamborghini sebelum ia mendapat rangsangan elektrik hibrid.

Berdasarkan beberapa laporan sebelum ini, pengganti Lamborghini Aventador selepas ini akan terus dikuasakan oleh enjin V12 tetapi dengan teknologi hibrid, membolehkan ia mematuhi peraturan pelepasan yang lebih ketat di Eropah.

BACA >>> Hankook Bekal Tayar untuk Kereta Lumba Lamborghini!
BACA >>> Lamborghini Kongsi Foto Supercar Versi Lenjan Off-Road, Huracán Sterrato!

Menurut Lamborghini, Invencible dan Autentica menggabungkan elemen reka bentuk daripada ciptaan terdahulu. Bahagian hidung yang tajam dan bersudut seakan model Reventón, manakala corong udara aerodinamik pada badan kereta diilhamkan oleh konsep Veneno dari 2013.

Lamborghini mendakwa saluran masuk udara di bonet adalah berdasarkan bentuk yang terdapat pada Sesto Elemento, yang juga menjadi inspirasi untuk reka bentuk sayap belakang Invencible.

Kedua-dua model istimewa itu menggunakan LED heksagon yang unik pada lampu depan dan lampu belakang mereka, seakan reka bentuk bersegi pada ekzos.

Bahagian dalam Aventador telah direka semula secara radikal dan kini menampilkan konsol tengah yang lebih rata bagi menempatkan semua kawalan pada supercar ini.

Menariknya, Lamborghini juga telah mengeluarkan semua butang kawalan daripada stereng Invencible dan Autentica bagi memberikan kedua-dua kereta itu penampilan berfokuskan pemanduan asas.

Gandingan warna dari bahagian luar juga dibawa ke dalam kabin, dengan hitam dan merah untuk Invencible, dan kelabu dan kuning untuk Autentica

Lamborghini mendakwa enjin 6.5 liter V12 dalam kedua-dua supercar ini menghasilkan sehingga 574kW (769hp) dan 720Nm yang dihantar ke semua roda melalui kotak gear tujuh kelajuan. Stereng kawalan roda belakang juga dipasang sebagai standard.

Masih tiada harga untuk kedua-dua model ini, namun harga kedua-dua model ini dijangka akan dijual lebih mahal berbanding Lamborghini Aventador Ultimae, yang berharga hampir €460,000 (RM2.14 juta) di Itali.

Terdahulu, Lamborghini telah mengesahkan supercar hibrid V12 baharu mereka akan didedahkan sebelum penghujung Mac 2023, dengan imej paten menunjukkan model baharu itu akan dibina bersama elemen reka bentuk tertentu dari Aventador.

BACA >>> Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah
BACA >>> Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah

SUMBER: Drive

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Autentica convertible, enjin v12, hibrid, Invencible coupe, Lamborghini, Reventón, Sesto Elemento, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my