• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?

Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?

February 9, 2023 By Han Othman Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENJELANG pelancaran Perodua Axia (2023), mari kita mendalami lebih lanjut mengenai transmisi yang kali pertama digunakan pengeluar nasional itu pada hatchback segmen-A tersebut, iaitu transmisi dual-mod CVT, disebut D-CVT.

Setakat ini model Perodua yang menggunakan transmisi ini ialah Perodua Ativa, Perodua Myvi, dan Perodua Alza. Kotak gear ini juga bakal menggantikan transmisi 4-EAT untuk model Perodua akan datang.

Apakah perbezaannya dengan CVT (transmisi variabel berterusan) biasa?  Adakah D-CVT lebih baik daripada CVT?

BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!

PERBEZAAN CVT vs D-CVT

Secara ringkas, transmisi CVT menggunakan sepasang puli (pulley) (dipacu dan memacu) yang dihubungkan satu tali sawat (belting) untuk menghasilkan nisbah gear. Transmisi ini menggunakan mekanisme yang sama seperti gear basikal. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai CVT melalui video di bawah ini:

D-CVT pula menggunakan sistem puli dan tali sawat sama, tetapi ditambah baik dengan adanya mekanisma gear-pisah (split-gear) tambahan. Operasi transmisi ini sama seperti CVT, tetapi perbezaan dapat dilihat apabila kenderaan melepasi fasa memecut (Daihatsu mengatakan desakan pemanduan berada antara 40 peratus dan 90 peratus).

Fasa ini, split-gear akan mula mengambil alih tugas puli dan tali sawat dalam mengagihkan kuasa daripada enjin kepada roda. Mekanisme ini dapat mengurangkan pusingan dan tekanan ke atas tali sawat.

Inilah enjin D-CVT pertama dunia.

KELEBIHAN D-CVT vs CVT

Penambahan Jarak Nisbah Gear

Menurut Daihatsu, CVT konvensional mempunyai jarak nisbah gear yang sama dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Kewujudan mod pisah (split mode) dalam D-CVT menjadikan jarak nisbah gear hampir sama dengan transmisi 8-kelajuan. 

Mengurangkan Putaran Enjin

Daihatsu mendakwa split-mode dapat mengurangkan putaran enjin pada 200rpm pada kelajuan 60kmj, dan 550rpm (100kmj). Pengurangan ini menyebabkan enjin kurang mengaum berbanding CVT yang membolehkan pemandu meredah lebuh raya lebih selesa. Penggunaan minyak juga dapat dijimatkan.

Transmisi Lebih Efisien

Antara kelemahan utama CVT adalah kehilangan tenaga disebabkan daya geseran tali sawat. Split mode dalam D-CVT dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tali sawat dan secara langsung mengurangkan gejala kehilangan tenaga.

BATASAN D-CVT

D-CVT boleh menerima jumlah tork terhad hingga 150Nm sahaja. Namun, anda tidak perlu risau kerana enjin seperti 1KR-VET pada Perodua Ativa hanya menghasilkan kuasa 97hp dan tork 140Nm yang masih berada dalam julat kuasa D-CVT. Begitu juga Perodua Axia (2023) serba baharu yang masih menggunakan trenkuasa lama.

Keseluruhannya, D-CVT ialah transmisi yang lebih baik berbanding CVT kerana pemandu boleh menikmati pengalaman pemanduan lebih baik, lancar dan menyeronokkan.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...
BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi..

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, hatchback segmen-A, kotak gear, Perbezaan CVT vs D-CVT, Perodua Axia (2023) Serba Baharu, Perodua axia 2023, Roda4, transmisi, Transmisi CVT, Transmisi D-CVT, Transmisi D-CVT Perodua Axia (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev