• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / GPX Popz 110 (2023) Masuk Vietnam, Harga RM6.6k!

GPX Popz 110 (2023) Masuk Vietnam, Harga RM6.6k!

February 9, 2023 By Shawkath 2 Comments

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

VIETNAM menyambut ketibaan  kapcai jenama Thailand, GPX Popz 110 (2023) yang ditawarkan pada harga 36.5 juta dong (RM6,680). Di Thailand, kapcai itu ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 110cc dan 125cc.

GPX Popz 110 (2023) dilengkapi lampu utama LED yang diposisi lebih rendah dari bar hendal, sama seperti Honda Super Cub C125. Panel meter menampilkan rekaan klasik dengan paparan analog, tetapi tidak banyak maklumat dipaparkan.

BACA >>> Skuter Retro Funky GPX Popz 110 (2022) Lancar di Jepun, Harga RM9.2k!

Kapcai tersebut dilengkapi trenkuasa patuh Euro4 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI). Tiada data kuasa dan tork dikongsi.

Sistem penghidup menggunakan kunci mekanikal konvensional yang juga digunakan untuk membuka pelana. Semua bentuk pelana Popz 110 menampilkan gaya klasik dengan material kulit.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

Tinggi pelana 760mm, lebih rendah 20mm daripada Honda Super Cub, manakala kapasiti tangki minyak 4 liter.

Rim aloi 17 inci dibalut tayar 2.25 (depan) dan 2.50 (belakang). Sistem brek pula menggunakan brek cakera tunggal di depan dan brek dram di belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

GPX Popz 110 (2023) memiliki dimensi panjang 1,880mm, lebar 745mm dan tinggi 1,070mm, manakala jarak roda 1,230mm.

Ini bermakna kapcai GPX ini lebih pendek, tetapi lebih lebar dan tinggi daripada Honda Super Cub (panjang 1,910mm, lebar 718mm, tinggi 1,002mm, jarak roda 1,243mm).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?
BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?

SUMBER: Zing

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GPX POPZ 110 (2023), Honda Super Cub C125, Kapcai, Kapcai 110cc, Kapcai jenama Thailand, Pencabar Honda Super Cub, roda2

Comments

  1. Noramran bin Che omar says

    August 19, 2024 at 1:40 PM

    Head lamp lampu terbakar, tiada spare parts

    Reply
  2. Noramran bin Che omar says

    August 19, 2024 at 1:41 PM

    Gpx popz 110 Head lamp lampu terbakar, tiada spare parts

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my