OPERASI perkhimatan transit aliran ringan (LRT) di Laluan LRT Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan pagi tadi kerana faktor keselamatan berhampiran Stesen Bandaraya.
Rapid KL dalam kenyataan di Facebook menjelaskan, gangguan perjalanan itu disebabkan penjajaran landasan bengkok akibat kerosakan struktur jejambat (tiang retak) di situ.
Pemerhatian awal Rapid KL mendapati kerosakan dipercayai berpunca kerja pembinaan di kawasan bersebelahan, dan turut turut berkongsi beberapa foto menunjukkan rel bengkok dan tiang retak di Facebook.
BACA >>> Netizen Kagum Banyak Eskalator Rosak di Stesen LRT Segera Dibaiki
Pasukan jurutera Rapid Rail bersama pakar struktur juga sudah berada di lokasi kejadian untuk menilai aspek keselamatan kekukuhan struktur berkenaan.
Atas faktor keselamatan, Rapid Rail menutup laluan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. Rapid KL berkata;
Perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan ini akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan - 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.
“Tren-tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren-ren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, manakala perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.
“Perkhidmatan bas alternatif sudah diaktifkan bagi menampung penumpang.”
BACA >>> Prasarana Labur RM2.8b Tambah 27 Tren, Naik Taraf LRT Kelana Jaya
BACA >>> Prasarana Minta Maaf, Tidak Tahu Punca Gangguan Tren LRT Kelana Jaya
BACA >>> Nahas LRT: Keluarga Mangsa Tuntut Prasarana Bayar Ganti Rugi 1.8 Juta
BACA >>> Mangsa Nahas LRT Dapat Bantuan Kewangan RM1k, Netizen Bantah
Leave a Reply