SEBELUM ini, CFMoto banyak memanfaat teknologi dan trenkuasa KTM sejak hubungan terbentuk pada tahun 2013. Ini dapat disaksikan dengan kemunculan model 800 MT, 700 CL-X dan 1250 TR-G. Selepas meneroka segmen adventure, touring dan retro, CFMoto mula teroka kategori sportbike.
CFMoto ada membuat debut dalam kelas Moto3 Kejuaraan MotoGP musim lalu dan memperkenalkan model konsep SR-C21 pada November 2021. Pada April 2022 pula, CFMoto membuka tempahan dan menjual model 450SR di China.
BACA >>> CFMoto 450SR Mirip Model Konsep SR-C21 Didedahkan, Kuasa 49.6hp, Tork 39Nm
BACA >>> CFMoto 450SR (2022) Buka Tempahan di China, Harga RM21k!
Terbaharu, portal Motorrad mendedahkan CFMoto ada membuat permohonan paten superbike dengan trenkuasa V4 berkapasiti 1,000cc pada Jun 2022.
Enjin itu dipercayai sekuat 204hp. Persoalan sekarang, adakah itu enjin ciptaan CFMoto atau masih berasaskan teknologi KTM?
Berdasarkan dokumen paten, trenkuasa CFMoto itu ada persamaan dengan enjin yang pernah digunakan pasukan Red Bull KTM MotoGP Team pada musim 2017.
Meskipun enjin itu tidak lagi digunakan tim KTM, pengeluar itu dipercayai mungkin berkongsi maklumat kepada rakan di China. Setakat ini, KTM tidak menggunakan enjin konfigurasi V4 untuk model yang dijual kepada orang awam dan ini adalah peluang terbaik untuk CFMoto dalam segmen sportbike V4 .
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R Debut di Indonesia 4 Februari Ini?
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud di Sebalik Singkatan Jenama Motosikal Popular Dunia
BACA >>> Aveta VZR250 (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM14.9k!
SUMBER: RideApart
Leave a Reply