• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMoto Sertai Moto3 Musim Depan

CFMoto Sertai Moto3 Musim Depan

November 9, 2021 By Wahid Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJUARAAN Dunia MotoGP bakal menerima satu lagi penyertaan pasukan pengilang baharu musim depan, iaitu CFMoto.

Seperti kami katakan sebelum ini, industri motosikal dari China sedang mengorak langkah supaya lebih diterima dan mendapat sambutan pembeli dunia, dan antara pengeluar tersebut ialah CFMoto.

BACA >>> CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

CFMoto juga bekerjasama dengan Pierer Mobility AG dari Austria yang menjadi penaung kepada jenama terkenal seperti KTM,  Husqvarna dan GASGAS. Ketiga-tiga jenama itu pula sudah berada dalam kelas Moto3 dan pernah memenangi kejuaraan tersebut pada 2012, 2013, 2016 dan 2020.

Dengan penyertaan CFMoto, semua jenama di bawah Pierer Mobility akan berada dalam kelas Moto3. Bagaimanapun, semua jentera Moto3 itu menggunaka produk KTM RC250 GP.

BACA >>> Roadster Ranggi - CFMoto 700CL-X Heritage Kini di Malaysia! Harga RM28.8k

Ryusei Yamanaka akan menjadi pelumba pasukan CFMoto musim depan.

 

Pasukan yangn diserahkan tanggungjawab mengendalikan jentera CFMoto ialah Pruestel GP Team dan pelumba dipilih ketika ini ialah Ryusei Yamanaka dari Jepun. Seorang lagi ialah pelumba Switzerland, Jason Dupasquier yang maut dalam sesi kelayakan di GP Itali, awal tahun ini.

Kerjasama antara CFMoto dan Pierer Mobility dilanjutkan dengan lebih teliti bermula tahun lalu. CFMoto juga diberikan tugas untuk membina enjin KTM LC8 750cc dan 799cc untuk model 790 Duke. Enjin tersebut dibina di kilang khas yang dibina CFMoto di Hangzhou, China.

Fasiliti itu juga akan membina pelbagai enjin lain seperti trenkuasa 890cc yang digunakan 890 Duke untuk beberapa model off-road. Enjin 890cc dibuat untuk pasaran tempatan, manakala enjin 790cc untuk pasaran antarabangsa. Namun, mana-mana model berasaskan KTM akan dijual sebagai KTM, sebaliknya model berasaskan CFMoto dijual sebagai CFMoto.

BACA >>> SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!
BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1

Artikel Berkaitan

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cfmoto, Kejuaraan Dunia MotoGP, Moto3, MotoGP 2022, Ryusei Yamanaka, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my