• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

#RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

February 22, 2017 By Han Othman 2 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TENTU ramai tertanya, apakah maksud empat gelang yang saling bercantum di sebalik logo pengeluar automobil Jerman, Audi. Prihatin dengan kemusykilan umum itu, Audi menyiarkan video khas bagi menjelaskan rahsia logo tersebut.

Empat gelang pada logo Audi sebenarnya membawa maksud empat pengeluar automobil berbeza yang bergabung pada 1932 untuk menubuhkan satu syarikat besar dikenali sebagai Auto Union.

Pengeluar tertua ialah Horch yang diasaskan pada 1899 oleh seorang jurutera Jerman, August Horch. Tidak lama kemudian beliau memutuskan tidak mahu menggunakan namanya sendiri sebagai jenama, sebaliknya menubuhkan jenama pengeluar baru, Audi.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Kereta Porsche Tiada Gril?

Selepas Horch, Audi muncul mewakili gelang kedua dalam logo itu. (Nota: Horch sangat hampir kepada perkataan Jerman yang bermaksud 'dengar dan faham' atau listen; Audi pula ialah terjemahan kepada perkataan itu dalam bahasa Latin). Dua lagi syarikat ialah Wanderer yang diasaskan pada 1911, dan DKW, yakni pengeluar enjin stim yang diasaskan pada 1916 sebelum mula menghasilkan kereta pada 1928.

Kesimpulannya, empat gelang pada logo Audi jika mengikut turutan tahun ialah Horch, Audi, Wanderer dan DKW. Tetapi bagaimanakah pula Auto Union ditubuhkan, yang kemudian menjadi Audi?

BACA >>> Audi e-Tron (2019) Diperkenalkan di Amerika, Harga Bermula RM310k

Begini...

Selepas Perang Dunia Kedua, Auto Union masih konsisten menghasilkan kereta, motosikal dan van, tetapi menghadapi masalah kewangan dan buruh yang teruk pada pertengahan 1950-an. Akhirnya, syarikat itu dibeli Daimler-Benz pada 1958 dalam usaha mengatasi krisis kewangan yang berlaku sebelum dilepaskan pula kepada Volkswagen (VW) pada 1964.

Tidak lama selepas VW mengambil alih, Auto Union mula menjual kereta di bawah jenama Audi. Pada 1969, VW membeli sebuah lagi pengeluar, NSU yang kemudian membentuk syarikat bernama Audi NSU Auto Union AG. Bagaimanapun, nama itu perlahan-lahan tidak relevan sehinggalah pada 1985 dikenali umum sebagai Audi AG.

BACA >>> Audi SQ8 TDI - SUV Dwi Turbo Diesel Berkuasa 433hp dan Pecutan Maksimum 249kmj!

Begitulah maksud di sebalik simbol empat gelang dalam logo Audi yang secara tidak langsung menceritakan sejarah ringkas perjalanan pengeluar automotif Jerman tersebut. Terlintas juga difikiran, bayangkan pada awal penubuhan lalu, Audi tidak dapat diselamatkan berbanding pengeluar lain. Adakah hari ini kita akan dapat menyaksikan orang ramai memandu kereta mewah jenama Horch, Wanderer atau DKW? 😉

SUMBER: PopularMechanic

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Audi, autotainment, logo Audi, makna di sebalik logo Audi, maksud empat gelang logo Audi, maksud logo Audi, Retro Auto, Roda4

Comments

  1. joehaz says

    March 9, 2017 at 11:54 AM

    cuba admin buat artikel tentang maksud logo chevrolet pula hihi

    ramai yg confuse dan kata logo tu serupa dgn lambang salib

    Reply
    • ABG GYL says

      March 9, 2017 at 3:18 PM

      Akan dipertimbang dan diusahakan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev