SUSULAN pelancaran Honda ADV 160 (2023), wakil pengedar, Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan menghentikan serta-merta pengeluaran skuter ADV 150.
BSH memaklumkan demikian dalam sesi soal jawab bersama tiga panel syarikat pada pelancaran Honda ADV 160 (2022) pada 12 Januari lalu.
BACA >>> BSH Lancar Honda ADV 160 (2023) di Malaysia, Harga RM12.9k
BACA >>> BSH Lancar Honda Wave Alpha (2023) dengan Enjin Patuh Euro4, Harga RM5.1k
Ketika ini, model Honda ADV 150 masih boleh didapati melalui pengedar motosikal yang ada stok lama kerana tiada lagi model baharu dikeluarkan.
Sebaliknya, stok abangnya, Honda ADV 160 (2023) dijangka tiba di pengedar seluruh Malaysia hujung minggu ini.
Penambahan 10cc daripada model ADV 150 menyaksikan penambahan RM1,000, menjadi harga atas kertas RM12,999.
Model Honda ADV 160 (2023) adalah evolusi daripada ADV 150 yang diperkenal pada 2021, tetapi masih mengekalkan penampilan lasak dengan ciri canggih.
Jika berminat membuat koleksi atau melabur dengan harapan harga mungkin naik pada 10 atau 20 tahun akan datang, anda boleh dapatkan Honda ADV 150 sementara stok masih ada.
Persoalannya, adakah penambahan RM1,000 berbaloi untuk Honda ADV 160 (2023) yang dikatakan lebih terkini, canggih dan selesa?
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?
Leave a Reply