• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Type R (2023) Habis Tempah Tidak Sampai 24 Jam

Honda Civic Type R (2023) Habis Tempah Tidak Sampai 24 Jam

January 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMUA stok Honda Civic Type R (2023) untuk tahun pertama pasaran Australia habis dijual tidak sampai 24 jam walaupun belum pernah ditayangkan atau dipandu uji di negara itu.

Tempahan dibuka pada 1 Disember 2022, tetapi pembeli  yang menempah sekarang hanya akan menerima model itu pertengahan 2024 kerana tempoh menunggu mencecah sekitar 18 bulan!

BACA >>> Honda Tidak Tolak Kemungkinan Hasilkan Civic Type R Versi Hibrid
BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Tiada angka rasmi dikeluarkan Honda Australia mengenai jumlah unit dibawa masuk tahun ini, tetapi sumber pengedar mendakwa sekitar 600 unit diperuntukkan.

Terdahulu, Honda Australia menerima 4,000 pendaftar yang berminat, dan warna paling banyak ditempah ialah Championship White (putih).

Di Australia, Honda Civic Type R (2023) dijual kira-kira RM36,000 lebih mahal daripada FK8R, iaitu A$72,600 (RM220,070), berbanding A$60,000 (RM181,750). Berikut spesifikasi model prestrasi tersebut:

  • Masih menggunakan enjin pacuan roda depan (FWD) 4-silinder 2.0L turbo berkuasa 315hp @ 6,500rpm dan 420Nm @ 4,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Menerima rim lebih kecil, 19 inci, tetapi dipasangkan tayar lebih lebar, 265/30.

  • Ruang kabin bertemakan hitam dan merah dengan material uphoslteri jenis baldu.
  • Menerima kluster instrumen 10.2 inci, dan unit infotainmen skrin sentuh 9 inci, penyaman udara dwi-zon, lampu ambien dan pengecas wayarles.
  • Ada empat warna ditawarkan:Championship White (putih), Rally Red (merah), Sonic Grey (kelabu) dan Crystal Black (hitam).
  • Semua model dilengkapkan teknologi bantuan pemandu Honda SENSING.

Agaknya, berapakah pula stok bakal diterima pasaran Malaysia kelak?

BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!
BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997

SUMBER: Drive

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: FK8R, Honda Australia, Honda Civic Tyoe R 2023, Honda Civic Type R 2023, Honda Civic Type R FL5, hot-hatch, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev